Quantcast

ENGLISH

Vincent Kompany Ucap Selamat Tinggal Kepada Man. City Selepas 11 Tahun

Satu hari yang sedih buat penyokong Man. City. Ini apabila kapten paling berjaya dalam sejarah kelab mereka – Vincent Kompany memutuskan untuk mengakhiri era beliau di City.

Kompany sudah membuat keputusan itu beberapa bulan lalu. Namun Pep Guardiola menyatakan mereka cuba memujuk agar pemain itu terus kekal sekurang-kurangnya semusim lagi.

Sebaik sahaja menjulang Piala FA – yang melengkapkan treble domestik Man. City, kelab tersebut mengesahkan bahawa Vincent Kompany akan pergi selepas musim berakhir.

Pengerusi Man. City, Khaldoon Al-Mubarak mengiktiraf Kompany sebagai pemain paling penating dalam sejarah kebangkitan kelab itu.

Beliau berkata: “Ada ramai pemain penting memberikan sumbangan dalam era renaissance di City. Namun boleh dikatakan tidak seorang pun lebih penting daripada Vincent Kompany.”

“Beliau adalah definisi kepada kelab ini. Untuk sedekad lamanya beliau telah menjadi darah, nyawa, dan degupan jantung kepada kelab yang sarat dengan bakat ini.”

Kompany dalam kenyataan rasmi beliau di laman sosialnya menganggap ianya perpisahan yang sukar. Beliau memberikan penghargaan kepada penyokong, staf kejurulatihan Pep Guardiola dan juga rakan sepasukan beliau di Man. City.

Kompany menyifatkan Presiden Man. City – Khaldoon Mubarak telah mengubah hidup beliau.

Sebagai rekod sepanjang 11 tahun di Man. City, Kompany sudah menjulang 4 EPL, 4 Piala Liga, 2 Piala FA dan juga memenangi 2 Perisai Komuniti.

Kami tinggalkan anda dengan gol spektakular Vincent Kompany ketika menentang Leiceste – yang merupakan jaringan penting dalam kejuaraan EPL City musim ini.