Perlawanan tumpuan EPL minggu ini sudah pasti terarah kepada Manchester City vs. Chelsea. Ia juga pertemuan di antara Pep Guardiola lawan Conte.
Kedua-dua pasukan berada di kelompok teratas liga dengan Chelsea di tangga teratas. Mereka hanya dengan kelebihan 1 mata berbanding Manchester City di tangga ke-3.
Dalam previu kali ini, saya ingin menekankan aspek pertarungan kedua-dua pengurus yang memang dikenali dengan kemampuan mengendalikan taktikal.
Pep Guardiola Lawan Conte
Dua evolutionist ini akan bertemu dalam perlawanan minggu ini. Satu pertarungan yang dijangka akan sangat bergantung kepada taktikal daripada mereka berdua.
Ini kerana, dari segi kualiti pemain, kedua-dua pasukan memiliki kelompok pemain yang berkualiti.
Antonio Conte sangat mementingkan shape pasukan dan sentiasa menjerit di tepi padang untuk memastikan dirinya ‘ada’ bermain di dalam padang.
Pep Guardiola terkenal dengan kegilaannya untuk mengubah posisi dan formasi di dalam perlawanan. Arahan-arahan sama ada secara verbal atapun dengan isyarat sudah cukup difahami pemain beliau.
Juego Di Posicion Guardiola
Manchester City pula memiliki platform formasi yang gemar meramaikan pemain di kotak serangan sehinggakan mereka hanya perlukan 2 bek tengah dan 1 pemain tengah bertahan untuk membendung serangan balas.
Sebab itulah Pep menagih penjaga gol beliau lebih berani untuk bertindak sebagai sweeper dan memberikan sokongan dari belakang.
Meskipun dalam beberapa perlawanan mereka agak sukar untuk mencapai kemenangan kerana lawan mereka fokus kepada kualiti pertahanan, namun ia bukan alasan untuk melabel mereka pasukan bukan pilihan kali ini.
Bermain di gelanggang sendiri mungkin salah satu kelebihan yang harus diakui. Kelajuan di bahagian sayap dengan penggunaan taktikal yang asymmetrical, biasanya penyerang sayap di kanan (Sterling) dan central winger di kiri (Nolito).
Di tengah mereka ada kekuatan seorang lagi central winger iaitu David Silva yang kerap bergandingan dengan pemain pelbagai fungsi (multifunctional) Kevin De Bruyne.
Juego Di Posicion menekankan kecerdasan untuk memanipulasi lawan dengan perubahan posisi dan koordinasi yang fluid serta penetratif. Beliau memegang falsafah Johan Cruyff.
Di bahagian tengah mereka mungkin akan menggunakan pendekatan bek sisi songsang (inverted fullback) ataupun false fullback untuk mengawal half-space.
Taktikal Chelsea
Kedua dua pasukan memiliki kualiti serangan yang sangat tinggi. Chelsea tidak hanya bergantung kepada Costa dan Hazard kerana pemain seperti Pedro, Moses dan pemain pemain lain.
Mereka semua ada peluang untuk melakukan jaringan cuma perlukan teknik yang betul kerana taktikal yang memberikan mereka lesen untuk mara ke hadapan.
Di Juventus, Conte mencipta formasi bek bertiga yang lebih kepada taktikal seimbang (balance tactic) dengan penguasaan kuat di tengah.
Ketika di Itali, dek kerana kualiti Itali yang agak kurang berbanding dengan negara-negara lain seperti Jerman, Belgium mahupun Sepanyol.
Conte mengambil inisiatif mewujudkan taktikal lebih defensif dan berorientasikan serangan balas. Bagi peminat Itali, pasukan Piala Eropah 2016 tempoh hari boleh dikatakan antara yang agak lemah dalam sejarah mereka.
Namun kualiti Conte menjadikan pemain yang dianggap biasa menjadi luar biasa. Siapa sangka Eder, Pelle, dan Giaccherini termasuk juga pemain kurang konsisten Montolivo dapat beraksi luar biasa? Italian Job!
Ia adalah taktik! Taktik untuk membolehkan Conte mendapat yang terbaik daripada setiap pemain. Ketika di Chelsea beliau pernah mencuba 4-1-4-1, 4-2-4 dan 4-3-3.
Courtois pernah memberikan komen:
“Kami pernah bermain beberapa formasi dan antara yang terbaik adalah 4-3-3. Namun pengurus (Conte) merasakan taktikal itu terlalu banyak melepaskan gol mudah.”
Selepas kekalahan di tangan Liverpool dan Arsenal, Conte menanam tekad untuk menggunakan sistem bek bertiga dengan formasi 3-4-3. Hasilnya, 7 perlawanan, 7 kemenangan, 17 gol, dan hanya 1 bolos dalam EPL setakat ini dengan 3-4-3.
Jadi, saya simpulkan di Chelsea sistem bek bertiga Conte adalah sistem back 3 yang ofensif ataupun menyerang. Bercakap kepada ESPN Conte berkata tidak ada alasan untuk mereka menggunakan formasi lain.
Sebelum Wisel
Pep Guardiola mungkin nampak lebih rendah volume suara beliau, namun beliau masih seorang bos yang sangat berpengaruh dan berkuasa.
Antonio Conte pula seorang panglima perang yang lebih agresif dan mahukan setiap pemain beliau tidak hilang fokus di dalam padang. Beliau sangat passionate dan meraikan setiap hasil yang dituai di dalam padang.
Dari segi kredibiliti kedua-dua pengurus ini sentiasa ada pelan sekiranya pasukan dalam masalah. Kedua-dua mereka meluangkan masa berjam-jam sehari hanya untuk kajian dan mencari formula taktikal bola sepak.
Tegas dalam isu cara hidup dan disiplin pemain di dalam dan di luar padang.
Dalam perlawanan menentang Spurs anda melihat bagaimana Conte menukar taktikal pada separuh masa kedua selepas 40 minit bermain dengan taktikal ralat (tactical error).
Guardiola ketika perlawanan UCL, beliau ditewaskan Barcelona di Camp Nou, lihat apa yang beliau lakukan pada perlawanan pertemuan kedua di Etihad.
Ini adalah perlawanan pertama Pep Guardiola lawan Conte sebagai pengurus.
Ia dijangka akan menjadi perlawanan penuh taktikal. Chelsea mungkin dalam prestasi sedikit lebih baik daripada City. Jangan lupa, kedua-dua turut pasukan memiliki no.9 yang terbaik dalam EPL buat masa ini.
Siapakah yang akan menang pertarungan Guardiola Lawan Conte?
Baca juga : ‘The Godfather’ Dan Revolusi 3-4-3 Luar Biasa Di Chelsea