Faiz Subri Dalam Senarai 3 Terakhir Anugerah Puskas 2016, Cepat Undi Sekarang!

Siapa sangka perjalanan karier Faiz Subri akan pergi sehingga ke tahap ini. Sejarah sudah pun dicipta ketika nama Faiz Subri disenaraikan dalam senarai 10 akhir tempoh hari.

Beribu-ribu pencalonan diterima FIFA sepanjang tahun ini untuk mendapatkan pengiktirafan berprestij ini.

Rekod Pemain Asia

Beliau bukan sahaja menjadi pemain dari Malaysia dan Asia Tenggara yang pertama melakukannya. Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik.

Pada 2014, Hisato Satō dari Jepun, bermain untuk Sanfrecce Hiroshima menjadi orang Asia kedua selepas Kumi Yokoyama. Dan beliau adalah pemain lelaki Asia pertama melakukannya.

Pada 2016, Faiz Subri menjadi pemain Asia ketiga dan yang kedua daripada liga di Asia, yang pertama daripada liga Asia Tenggara.

Anugerah Puskas 2016, 3 Calon Akhir!

Kini beliau menjadi pemain pertama dari Asia yang mara sehingga ke peringkat 3 terbaik. Beliau disaingi penyerang Corinthians, Marlone dan juga pemain wanita Daniuska Rodriguez dari Colombia.

Berikut adalah sedutan video ketiga-tiga finalis.

1. Faiz Subri (Pulau Pinang vs. Pahang – MSL ) Sepakan Percuma Mencabar Hukum Fizik

2. Daniuska Rodriguez (Colombia vs.Paraguay – Piala Dunia(W) B-17) Jaringan Solo

3. Marlone (Corinthians vs Corbresal – Copa Libertadores) Sepakan Gunting

Apa yang anda boleh lakukan?

Penyokong berkuasa sepenuhnya untuk menentukan siapa pemenang Anugerah Puskas.

Bagaimana?

Ia masih lagi menggunakan kaedah yang sama iaitu, anda perlu mengundi jaringan pilihan anda di laman rasmi FIFA.

Langkah pertama, pergi ke laman rasmi FIFA. (Pautan terus ke undian Anugerah Puskas 2016 kami sertakan di bawah) dan klik pautan anugerah Puskas.

pus1

Lagkah kedua anda pilih jaringan pilihan anda dengan menekan butang VOTE (Undi). Contoh di bawah, kami undi Faiz Subri.

pusk

Kemudian akan anda masukkan kod pengesahan.

pu2

Dan tekan vote!

Akan keluar mesej ini untuk undian yang berjaya!

pu3

Bila Tarikh Tutup Undian?

Tatikh tutup undian adalah 9 Januari 2017.

Ada pautan?

Anda cuma perlu klik pautan di bawah ini :

Anugerah Puskas 2016

Pemenang Akan Diumumkan 9 Juanuari 2017

Pemenang akan diumumkan pada malam gala Anugerah FIFPRO yang berlangsung pada 9 Januari ini di Zurich. Anugerah yang mengiktiraf pemain-pemain terbaik dunia sepanjang 2016.

Kami optimis dengan peluang Faiz Subri untuk menang Anugerah Puskas kali ini berdasarkan kualiti dan darjah kesukaran gol tersebut dihasilkan.

Jika berjaya, ia akan memahatkan nama Faiz sebaris dengan bekas-bekas pemenang yang lain seperti James Rodriguez, Cristiano Ronaldo, dan Zlatan Ibrahimovic.

Selamat maju jaya Faiz Subri dan juga kepada semua finalis di setiap kategori!

Baca juga : Faiz Subri Perlukan Undian Anda Untuk Berada Dalam Senarai 3 Terakhir Anugerah Puskas 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN