10 Soundtrack FIFA & PES Yang Pasti Akan Menggamit Memori Anda

Dalam permainan video bola sepak, selain daripada mutu grafik dan gameplay yang berkualiti tinggi. Soundtrack di dalam permainan tersebut juga memainkan peranan.

Ia bukan sekadar peneman halwa telinga ketika anda sedang memilih pasukan anda untuk bermain. Malah ia akan menjadi ‘pembantu’ anda untuk mengenang semula memori ketika anda bermain permainan ini suatu masa dulu.

Oleh itu, kami dedikasikan artikel ini untuk anda kenang semula zaman-zaman anda bermain FIFA dan PES edisi terdahulu dengan menyenarai 10 soundtrack terbaik dari kedua-dua permainan ini.

Song 2 – Blur (FIFA 98 – Road to World Cup)

Lagu ikonik dari kugiran Britain ini ternyata mudah untuk dinyanyikan. Hal ini kerana di bahagian korusnya hanya perlu menyebut “wo-hoo” sahaja.

Blur ternyata antara pelopor muzik kugiran di Britain sebaris dengan Oasis dan juga Radiohead.

Lagu ini menjadi pembuka kepada siri FIFA 98 – Road to World Cup. Dan untuk FIFA 17, lagu ini telah digunakan semula tetapi ia mendapat suntikan remix agar lagu ini mendapat sentuhan yang lebih segar.

Di sini kami sediakan trailer kepada permainan tersebut. Oh memori!

We Will Rock You – Queen (PES 2)

Berbalik pada era PES merajai PS1 dan PS2. Antara yang cukup diingati selain daripada permainan mereka adalah lagu Queen yang pernah menghiasi PES 2.

Lagu dari kugiran Britain ini ternyata digunakan secara meluas antaranya di iklan Pepsi yang dibintangi David Beckham satu masa dahulu.

Seperti lagu Song 2, lagu We Will Rock You ini digunakan semula oleh pihak PES untuk PES2016. Namun tiada sebarang sentuhan remix digunakan.

Kami sediakan kepada anda intro dari PES2 yang pasti menggamit memori anda!

Tell Her Tonight – Franz Ferdinand (FIFA 05)

Ketika era awal 2000an, lagu-lagu dari Franz Ferdinand sering menghiasi senarai putar untuk siri-siri FIFA.

Salah satunya adalah Tell Her Tonight dari siri FIFA 05.

Lagu yang pada penulis mempunyai rentak yang menghiburkan, pasti akan memberikan tenaga untuk anda bermain permainan ini.

Supermassive Black Hole – Muse (FIFA 07)

Kami tak akan lupa untuk selitkan Muse di dalam senarai kami!

Lagu ini dipetik dari album mereka, Black Holes and Revelations yang berjaya menguasai carta-carta album di UK, Australia dan kebanyakan negara di Eropah.

Intro ‘garang’ di permulaan lagu sentiasa membangkitkan semangat untuk pemain sebelum perlawanan berlangsung. Terutamanya ketika sebelum perlawanan penting hendak bermula!

Dirty Little Secret – All-American Rejects (PES2010)

Siri PES jarang mempunyai senarai putar yang menarik ketika era 2000an. Sehingga 2010, barulah mereka mula bertindak cerdik dalam pemilihan lagu untuk soundtrack mereka.

Untuk edisi 2010, PES telah memilih lagu dendangan All-American Rejects berrjudul Dirty Little Secret sebagai salah satu daripada senarai putar mereka.

Lagu ini, ternyata jelas antara lagu yang terbaik di dalam senarai putar PES2010.

I Can Talk – Two Doors Cinema Club (FIFA 11)

Boleh dikatakan, citarasa utama FIFA dalam memilih lagu untuk senarai putar adalah lagu-lagu dari pemuzik Britain.

Untuk FIFA 11, lagu dari I Can Talk menjadi pilihan penulis untuk memasuki ke dalam senarai ini!

Two Doors Cinema Club merupakan kugiran yang membawa muzik Indie Rock, Indie Pop, Dance Punk dan Post Punk Revival sebagai tunjang utama rentak muzik mereka.

Intro lagu yang cukup unik dan melodi lagu yang cukup sedap didengar membuatkan mengapa sehingga ke hari ini penulis masih lagi mendengar lagu ini.

Cousins – Vampire Weekend (PES2011)

Jika anda pernah bermain PES2011, pasti anda ingat lagu ini sering menjadi ‘penyambut’ anda setiap kali anda ke menu utama.

Lagu ini didendangkan oleh Vampire Weekend yang berasal dari Amerika Syarikat. Mereka adalah pelopor rentak World Beat, Indie Pop, Indie Rock dan Art Pop.

Selain itu, lagu mereka juga pernah diselitkan dalam senarai putar FIFA 14 menerusi lagu Worship You.

Wreckin’ Bar (Ra Ra Ra) – The Vaccines (FIFA 12)

Untuk pengetahuan, penulis sebenarnya mengalami kesukaran sama ada hendak memilih lagu ini atau lagu dari Foster The People iaitu Call It What You Want.

Namun begitu, penulis membuat keputusan untuk memilih lagu ini kerana lagu ini kerana sebab tersendiri.

Hal ini kerana lagu ini kemungkinan merupakan lagu paling singkat durasinya dalam banyak-banyak lagu yang pernah menjadi sountrack FIFA.

Lagu yang didendangkan oleh kugiran dari England ini cuma berdurasikan 1 minit dan 28 saat sahaja. Namun begitu, lagu ini masih lagi mampu untuk kekal dalam ingatan.

*nota kaki: lagu ini sering menjadi pilihan kami di HQ Semuanya BOLA terutamanya ketika pejabat kami menjadi stesen radio jadian ketika waktu berkerja.

Ai Se Eu Te Pego – Michel Telo (PES2013)

Jika citarasa muzik FIFA lebih terarah kepada kugiran dari Britain. Namun bagi PES, mereka lebih gemarkan muzik dari benua Amerika Utara dan Selatan sebagai sountrack mereka.

PES2013 yang bagi peminat PES merupakan antara PES yang terbaik dalam sejarah juga mempunyai lagu cukup sinonim dengan mereka iaitu Ai Se Eu Te Pego nyanyian Michel Telo.

Lagu ini mempunyai signifikannya yang tersendiri. Hal ini kerana lagu ini juga menyaksikan penampilan Neymar di dalam lagu yang menjadi hit di seluruh dunia.

Selain itu, Neymar juga merupakan cover star untuk PES2013.

All For Nothing – Linkin Park & Page Hamilton (PES2015)

PES mengambil langkah cukup berani dengan menletakkan lagu-lagu terhangat di carta-carta radio sebagai sountrack PES2015.

Salah satunya adalah lagu All For Nothing. Lagu hasil kolaborasi antara Linkin Park dan Page Hamilton merupakan hasil gabungan rock dan hip hop di dalamnya.

Sayang untuk lagu ini kerana lagu ini tidak mempunyai muzik rasmi. Penulis sering membayangkan jika lagu ini mempunyai muzik video rasmi, pasti ia merupakan satu video muzik yang gempak!

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Kenapa Juventus Mempunyai Gelaran ‘The Old Lady’?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN