Bekas Pemain Manchester United: “Tragedi Chapecoense Telah Buka Luka Lama Saya”

Jika anda peminat Manchester United, pasti anda akan mengetahui mengenai Munich Air Disaster yang meragut nyawa 8 pemain Manchester United yang ketika itu.

Skuad ketika itu dikenali sebagai Busby Babes yang merupakan antara generasi pemain terbaik Manchester United ketika itu.

Tragedi yang melanda pasukan dari Brazil, Chapecoense ternyata menyayat hati semua pihak.

Ia bukanlah tragedi bagi dunia bola sepak sahaja, malah bagi dunia umum secara keseluruhannya.

Buka luka lama

Bagi bekas penjaga gol Manchester United Harry Gregg (gambar bawah), tragedi yang menimpa Chapecoense ini ternyata membuka luka lama yang dilalui beliau.

harry-gregg

“Ketika saya mendengar berita yang menimpa Chapecoense itu. Saya meminta kepada isteri saya untuk biarkan saya bersendirian sekejap.”

“Saya tak tahu nak gambarkan perasaan saya ketika ini. Terlalu sukar untuk digambarkan.”

Untuk pengetahuan anda, Gregg adalah salah seorang dari penumpang yang terselamat ketika Munich Air Disaster berlaku pada 1958.

Kejadian itu terjadi meragut 23 nyawa penumpang. Dan 8 daripadanya adalah rakan sepasukanya ketika itu.

Gregg menjadi salah seorang daripada pembantu yang membantu menyelamatkan penumpang-penumpang lain ketika itu.

Beliau menyelamatkan penumpang yang antaranya adalah bayi dan wanita.

2v0cun8

“Apa dia rasa, saya pun rasa.”

Gregg baru-baru ini dihubungi oleh salah seorang wartawan dari Brazil untuk menceritakan pengalamannya ketika tragedi di Munich ini.

Dalam perbualan bersama wartawan tersebut, Gregg memberitahu yang beliau bukan sahaja kehilangan rakan sepasukan beliau dalam nahas tersebut.

“Saya memberitahu kepadanya yang saya bukan hilang rakan-rakan sahaja. Malah saya hilang wartawan sukan yang cukup hebat di negara ketika itu.”

Tanpa disangka-sangka, apa yang Gregg katakan itu dalam diam menyentuh hati wartawan Brazil tersebut.

Wartawan Brazil tersebut berkata beliau sangat terharu dapat bercakap dengan Gregg.

“Saya sangat terharu dapat bercakap dengan Encik Gregg. Jika beliau kehilangan seorang wartawan sukan, saya pula kehilangan 3 rakan yang juga wartawan sukan dalam kejadian di Columbia itu.”

“Apa yang beliau pernah, kini saya juga turut merasakan yang sama juga.”

2bf71d69dce66e0ffaae0f1cadeabf

Gregg menceritakan yang wartawan Brazil itu cukup terharu apabila beliau masih lagi ingat kesemua nama mangsa yang terkorban ketika Munich Air Disaster ini.

“Jika tragedi di Munich, kita hanya fokus kepada pemain yang terkorban. Tetapi untuk tragedi di Columbia ini, biarlah kita kenang kesemua mangsa tidak kira sama ada mereka pemain atau tidak.”

“Saya harap wartawan Brazil itu akan semakin selesa, walaupun saya tahu beliau masih terluka kerana kehilangan rakan-rakannya.”

Hanya 6 penumpang sahaja yang terselamat dalam tragedi di Medellin, Columbia itu. 3 dari penumpang itu adalah pemain Chapecoense.

Ketika waktu siaran yang sepatutnya diisi dengan perlawanan akhir pertama Copa Sundamericana antara Atletico Nacional dengan Chapecoense. Fox Sport Brasil telah menyiarkan skrin hitam selama 90 minit.

Ini bagi menghormati tragedi yang menimpa kelab Brazil tersebut.

Baca juga: 5 Tragedi Nahas Kapal Terbang Yang Melibatkan Pasukan Bola Sepak

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN