Griezmann Samakan Uruguay Dengan Atletico, Suka Berlakon Dan Mengerumuni Pengadil

Entah apa di dalam fikiran Griezmann ketika melabel perkara negatif dan menyamakan Uruguay dengan Atletico?

Beberapa minggu lalu beliau menamatkan spekulasi mahu ke Barcelona dengan mengumumkan akan kekal di Atletico musim hadapan.

Dalam sidang media sebelum perlawanan Griezmann memberitahu yang perlawanan Perancis vs Uruguay akan menjadi bosan kerana lawan mereka akan bermain bola sepak negatif dan membosankan.

“Mereka akan banyak membuang masa, kerap menjatuhkan diri dan mengerumuni pengadil. Itulah cara permainan mereka, mirip sekali dengan Atletico.”

“Perlawanan ini akan jadi bosan dan kami harus mengahapinya. Mereka mahu kami jatuh ke dalam perangkap mereka.”

Sebelum ini Atletico Madrid kerap dilabel oleh pasukan seteru mereka sebagai pasukan yang defensif dan kasar.

Namun Diego Simeone kerapkali menyangkal dakwaan itu. Ketika perlawanan menentang Arsenal, mereka bermain 10 pemain di Emirates dan kemudian Diego Simeone diarahkan keluar daripada kawasan teknikal kerana mengganggu tugas pengadil.

Kenyataan Griezmann ini pastinya akan membuatkan Diego Simeone geram dalam hatinya.

Luis Suarez lantas menjawab kenyataan Griezmann itu. Suarez mengingatkan yang Griezmann adalah orang Perancis kacukan Uruguay.

“Dia tak pernah mengerti bagaimana menjadi seorang orang Uruguay. Dia tak tahu berapa banyak dedikasi dan kerja keras kami lakukan untuk berjaya dalam bola sepak seperti mereka.”

Suarez juga memberitahu, adalah normal untuk pasukan kecil seperti mereka untuk bermain lebih defensif namun beliau kecewa dituduh suka menyerang dan mengerumuni pengadil. Uruguay hanya berpopulasi 3.5 juta berbanding Perancis yang 67 jta.

Suarez juga menyatakan yang Griezmann harus sedar, dia bercakap seperti seorang Uruguay di sidang media dari segi slanga.

“Dia ada satu tabiat yang dia tak boleh ubah, cara dia bercakap, dia nampak sangat seorang Uruguay walaupun kami sebenarnya ternyata berbeza.”

“Saya tak tahu apa yang ada di kepalanya, tetapi ini Piala Dunia. Ada banyak mentaliti di sini. Untuk kami ini adalah perlawanan istimewa, tak tahulah untuk dia macamana?”

Griezmann bagaimanapun yakin pemain-pemain Uruguay terutama sekali kapten beliau di Atletico, Diego Godin dan Jose Gimenez akan memberikan segalanya dalam perlawanan ini.

https://twitter.com/Juezcentral/status/918520782141251585

Seorang lagi pemain Uruguay, Nahitan Nandez dengan nada sinis memberitahu media:

“Griezmann memang nampak seperti seorang Uruguay atau sekurang-kurangnya membuatkan dirinya seperti orang Uruguay.”

“Ini mungkin akan jadi perlawanan yang istimewa buat beliau. Kami berharap dia jadi ‘budak baik’ dalam padang. Dan jangan lupa, dia half-Uruguay.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN