Cristiano Ronaldo Setuju Sertai Juventus, Apa Kata Real Madrid?

Ronaldo

Beberapa laporan di Eropah menyebut Cristiano Ronaldo setuju untuk menyertai Juventus dan kini kata putus adalah di tangan Real Madrid.

Sebelum ini Florentino Perez dikatakan bersetuju menjual Ronaldo jika kena pada harganya.

Berita Juventus berusaha mendapatkan Ronaldo ini telah menjadi topik hangat selepas pemain itu menamatkan saingan Piala Dunia dengan Portugal.

Ronaldo masih belum memberikan sebarang komitmen ke atas kontrak baru di Real Madrid selepas beberapa kertas cadangan kontrak ditolak.

Pemain berusia 33 tahun ini dilaporkan akan menyertai Juventus dengan nilai £88 juta sehingga £106 juta. Ronaldo mungkin akan menerima £26.5 juta setahun di Turin.

Real Madrid mungkin merasakan ia tawaran sangat baik untuk pemain 33 tahun yang sudah pun banyak memberikan kejayaan kepada mereka. Namun pada masa yang sama memikirkan siapa bakal pengganti?

Walaupun sudah berusia 33 tahun, Ronaldo telah menjadi pemain no.9 yang tajam selepas ditukarkan peranan daripada pemain sayap serangan.

Penjualan Ronaldo juga akan memberikan impak kepada publisiti kelab dan juga nama Florentino Perez. Ini kerana Ronaldo adalah bola sepak yang paling berpengaruh di dunia ketika ini.

Laporan oleh The Spectator Index, saham Juventus kini meningkat sebanyak 20% minggu ini selepas beberapa media perdana bermain dengan sentimen dan spekulasi Ronaldo hampir pasti ke Juventus.

Juventus pernah cuba mendapatkan Ronaldo ketika pemain itu berusia 18 tahun namun terhalang selepas Marcelo Salas menolak untuk menjadi tukaran ke Sporting CP.

Ronaldo pernah mengakui beliau mengagumi Juventus ketika kecil. Beliau juga memberikan penghormatan dan ‘gesture’ memohon maaf kepada penyokong Juventus ketika menjaringkan sepakan gunting di Turin musim lalu dalam UCL.

Selain daripada tidak gembira dengan beberapa klausa dalam kertas cadangan kontrak, Ronaldo juga dikatakan sudah muak dengan badan percukaian di Sepanyol yang dianggap menyusahkan.

Ini kerana banyak regulasi yang mengelirukan dan ia memberikan nama buruk kepada beliau yang dituduh mencuri wang negara Sepanyol.

Ronaldo sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara, yang kemudian digantinkan dengan denda serta diminta memulangkan semula cukai bernilai £16 juta pada hari beliau menjaringkan hatrik menentang Sepanyol di Piala Dunia.

Ronaldo juga kecewa dengan Real Madrid yang kerapkali terlalu terbuka dalam membuat kenyataan media untuk mencari pengganti beliau dalam beberapa musim sebelum ini. Namun Ronaldo tetap membuktikan dirinya mampu menjadi penjaring 30 atau 40 gol semusim.

Ironinya, beberapa hari lalu Real Madrid sudah membuat kenyataan rasmi menafikan mereka cuba memancing Kylian Mbappe ataupun Neymar dari PSG. Florentino Perez membidas stesen tv awam mereka yang membincangkan topik itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN