UEFA Benarkan Pertukaran Pemain Keempat Dalam Masa Tambahan Perlawanan Liga Juara-Juara

Mulai musim 2018-19, UEFA telah meluluskan peraturan membenarkan peraturan pertukaran pemain keempat dalam beberapa kejohanan dikendalikan badan tersebut.

Antara kejohanan yang terlibat ialah Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa. Turut termasuk ialah Piala Super Eropah.

Penjelasan

Diakui peraturan sebegini mempunyai sedikit kekeliruan. Tetapi mereka telah menjelaskan sebaik mungkin.

UEFA telah menjelaskan bahawa sekiranya kurang daripada tiga pertukaran dilakukan semasa masa sebenar, mereka tetap mensyaratkan bahawa hanya maksimum 4 pertukaran boleh dibuat jika perlawanan memasuki masa tambahan.

Sebagai contoh, pasukan A bertemu B di suku akhir Liga Europa. Pasukan A hanya menukar dua pemain sewaktu masa sebenar (90 minit) berjalan.

Tetapi, keputusan perlawanan terikat seri dan menyebabkan perlawanan diheret ke masa tambahan. Maka, pengurus pasukan A boleh menukar dua pemain pada masa tambahan.

Pertandingan lain

Silakan masuk ya. (Photo by Visionhaus/Corbis via Getty Images)

UEFA turut membenarkan peraturan ini digunakan dalam edisi EURO dan UEFA Nations League akan datang.

Peraturan ini juga terpakai untuk UEFA Women Champions League iaitu kejohanan pasukan wanita untuk kelab bola sepak Eropah.

Begitu juga dengan UEFA Women Euro, satu kejohanan untuk pasukan kebangsaan wanita Eropah.

12 pemain simpanan

Masih berkaitan dengan pertukaran pemain, UEFA mengorak langkah dengan meluluskan satu peraturan baharu.

UEFA membenarkan pengurus menyenaraikan 12 pemain simpanan dalam perlawanan final Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa. Perlaksanaan peraturan ini juga boleh dilihat dalam Piala Super 2018 apabila UEFA juga membenarkan peraturan ini digunakan di pertandingan tersebut.

Sebelum ini hanya 7 orang pemain sahaja dibenarkan untuk disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Gajet

Dua tujuan badan bola sepak Eropah itu membenarkan gajet dibawa masuk ke kawasan teknikal semasa perlawanan. Tujuan pertama ialah untuk menganalisis keadaan kesihatan dan keselamatan pemain di padang.

Selain itu, taktikal turut menjadi faktor peralatan elektronik dibenarkan dibawa ke kawasan tersebut. Tablet, laptop dan telefon pintar antara peranti yang dibolehkan untuk digunakan.

Namun begitu, sekiranya ada pegawai teknikal pasukan tidak mendaftar gajet mereka, pengadil boleh mengambil tindakan tertentu. Ketegasan ini juga boleh diambil sekiranya pegawai menyalahgunakan kebenaran yang diberi.

Penutup

Inovasi sentiasa berkembang dalam mana-mana sukan. Tidak ketinggalan dengan bola sepak yang digilai ramai.

Mampukah dengan perubahan peraturan ini mampu mengekalkan kemeriahan sukan ini? Masih terlalu awal untuk meramal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN