Griezmann Beri Kemungkinan 60% Datang Ke Manchester United, 0% Ke Real Madrid

Kami pasti penyokong Manchester United akan gembira dengan berita ini.

Berdasarkan temuramahnya dalam rancangan Perancis, Quotidien, Antoine Griezmann memberi kebarangkalian 6/10 bagi dirinya untuk berhijrah ke Manchester United.

Pengakuan daripada mulut Griezmann ini sendiri adalah satu petanda kuat yang menyatakan minatnya untuk bermain di Old Trafford. Ini sekaligus menguatkan khabar angin yang mengatakan Manchester United akan sekali lagi berbelanja besar untuk mendapatkan servis Griezmann.

Tidak mungkin akan bermain di Real Madrid

Terjemahan video Twitter di atas adalah seperti berikut:

Pengacara: “Baik. Mari kita bincang tentang musim depan. Apa yang anda fikir bila saya cakap ‘Manchester United’?

Griezmann: “Ada kemungkinan.”

Pengacara: “Jika 10 bermakna anda sudah menandatangi kontrak (dengan Manchester United), di mana anda berada sekarang?”

Griezmann: “6.”

Pengacara: “Anda sedar tak apa yang anda cakap sebentar tadi?”

Griezmann: “Ya.”

Pengacara: “Adakah ini kali pertama anda buat pengakuan sebegini di depan khalayak ramai?”

Griezmann: “Ya.”

Ketika pengacara tersebut bertanya apakah kebarangkalian beliau berada di Real Madrid, Griezmann dengan pantas menjawab, “0”. Mengenai kebarangkalian beliau kekal di Atletico Madrid pula Griezmann menjawab, “7”.

Griezmann turut memberitahu, beliau akan membuat keputusan berhubung masa depannya pada musim depan dalam masa 2 minggu.

Ada kemungkinan gandingan Lacazette-Griezmann tak menjadi?

Jika Griezmann benar-benar berhijrah ke Manchester United, ini bermakna hajat penyokong Atletico Madrid untuk menyaksikan gandingan Alexandre Lacazette-Antoine Griezmann di Vicente Calderon bakal tidak kesampaian.

Ketika ini presiden Lyon, Jean-Michel Aulas sudah mengesahkan kepada media bahawa Lacazette sedang berunding dengan Atletico Madrid mengenai kemungkinan penyerang Perancis tersebut menyertai kelab Sepanyol itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN