Abou Bakr Al-Mel: “Jangan Bandingkan Saya Dengan Ghaddar”

Penyerang baharu Kelantan iaitu Abou Bakr Al-Mel nyata tidak mahu para peminat Kelantan terbawa-bawa dengan apa yang dibawa oleh bekas penyerang mereka iaitu Mohammed Ghaddar – lapor Sinar Harian.

Beliau yang dikenali sebagai Bako itu tidak mahu dirinya dibandingkan dengan Ghaddar yang nyata merupakan pemain bintang di Liga Malaysia.

“Gaya permainan saya dengan Ghaddar adalah berbeza. Jadi saya harap penyokong Kelantan tak membandingkan saya dengan beliau.”

Menurut Bako, kehadiran beliau ke Liga Malaysia adalah hasil dari inspirasi Ghaddar sendiri yang merupakan rakan baik beliau di skuad kebangsaaan Lubnan.

Ghaddar adalah rakan baik saya dalam skuad kebangsaan Lubnan dan dia juga merupakan idola saya setelah mencipta nama bermain di Malaysia.”

Bako dijangka beraksi untuk pasukan Kelantan dalam perlawanan menentang Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Rabu ini.

Keyakinan juga datang dalam diri beliau apabila beliau sendiri tidak sabar untuk menjaringkan gol untuk pasukan baharunya itu.

Ya, sudah pasti saya mahu bermain dan menyumbang gol buat pasukan.”

Saya tahu penyokong Kelantan mungkin tidak sabar nak lihat aksi saya. Insya-Allah saya harap dapat menjaringkan gol Rabu ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN