Arsenal Dijangka Mahu Dapatkan Penyerang Nigeria Henry Onyekuru

Musim sudah berakhir dan Arsenal antara 1 diantara banyak pasukan yang mahu dapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan pemain pada musim panas nanti.

Namun siapakah yang menjadi sasaran Arsene Wenger?

Pemain baharu

Menurut sumber dari Sky Sports, Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain Nigeria iaitu Henry Onyekuru.

Tapi siapakah beliau ini?

Dengar nama sahaja pasti sudah buat peminat Arsenal tidak senang duduk. Mana tidaknya, mereka harapkan Wenger mencari pemain bintang namun pemain yang tidak dikenali pula yang dicarinya.

Henry Onyekuru merupakan pemain di Liga Belgium dan beraksi untuk pasukan KAC Eupen.

Mereka merupakan antara pasukan kerdil yang beraksi di Liga Belgium dan pada musim ini Onyekuru telah pun menjadi penjaring terbanyak mereka dengan 22 gol.

Masih lagi muda, Onyekuru baru berusia 19 tahun namun sudah mula mencipta reputasi di Belgium.

Menurut wartawan Sky Sports iaitu Kavel Solhelkol, Arsenal dikatakan berminat untuk dapatkan Onyekuru selepas aksi cemerlang beliau pada musim ini.

Untuk dapatkan beliau juga tidaklah sukar untuk kelab seperti Arsenal. Hal ini kerana Onyekuru mempunyai klausa perlepasan sebanyak £6.8 juta.

Jadi adakah beliau akan ke Arsenal? Adakah keputusan ini dapat mengembirakn penyokong Arsenal yang rata-rata sudah tidak tahan dengan hasil kerja Wenger?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN