Anak Leonardo Bonucci (Penyokong Torino) Menangis Kerana Dipaksa Pakai Jersi Juventus

Peminat bola sepak yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak pasti bersetuju dengan kenyataan ini: tak kiralah siapa pun anda, kanak-kanak sentiasa akan mengikut cakap kawan-kawannya berbanding bapa sendiri.

Inilah yang dialami sendiri oleh pemain pertahanan ikonik Juventus, Leonardo Bonucci.

Dalam majlis keraian scudetto Juventus kelmarin anak Leonardo Bonucci, Lorenzo Bonucci menunjukkan rasa tak puas hati kepada bapanya – hanya kerana beliau dipaksa memakai jersi Juventus!

Lorenzo yang merupakan peminat tegar Torino jelas tidak gembira dengan kejayaan pasukan bapanya. Dan seperti kanak-kanak lain yang tak mendapat apa yang dimahukannya, Lorenzo menangis!

Pengaruh kawan

Isteri Bonucci, Martina Maccari menjelaskan Lorenzo mula meminati Torino selepas bersekolah di mana semua kawan-kawannya adalah penyokong Torino.

“Lorenzo bersekolah di sebuah sekolah di mana semua orang adalah Torinista. Kawan baiknya, James pula penyokong tegar Toro (Torino). Di biliknya, Lorenzo suka tidur dengan cadar yang mempunyai muka (Andrea) Belotti.”

Ketika ditanya oleh wartawan bagaimana beliau boleh meyakinkan Lorenzo untuk memakai jersi Juventus, Maccari menjawab:

“Kami paksa dia untuk memakainya,” jawab isteri Bonucci – yang juga merupakan penyokong Torino –
sambil tertawa.

Derby della Mole di rumah Bonucci

Leonardo Bonucci sendiri sedar minat anaknya terhadap Torino. Tetapi seperti bapa yang bertanggungjawab, beliau tidak menghalang minat anaknya.

Sebagai rekod, Juventus dan Torino merupakan dua kelab bola sepak Itali yang berpusat di bandar yang sama. Iaitu Turin.

Derby della Mole mungkin bukan derby yang paling panas dalam bola sepak Itali. Tetapi ia sememangnya merupakan derby paling tua di Itali – bermula sejak Januari 1907.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN