Griezmann: “Kekal Atau Tak Di Atletico? Saya Tentukan Sebelum Piala Dunia”

Antoine Griezmann antara pemain yang sangat mudah bercerita tentang masa depan dengan pihak media. Beliau pernah secara terbuka memberitahu 6/10 peluang akan menyertai Manchester United sebelum ini.

Terbaru pemain ini menyatakan kepada L’Equipe beliau akan menyelesaikan masa depan beliau sama ada akan bermain di Atletico pada musim hadapan, sebelum Piala Dunia.

Media sudah membuat banyak spekulasi terutama sekali untuk pemakai no.7 di Nou Camp pada Julai 2018 nanti. Buat masa ini, beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.

Sebelum ini, Diego Simeone memberitahu tidak akan menghalang mana-mana pemain yang mahu bermain di kelab lain jika itu impian dalam karier mereka.

Griezmann sebenarnya sudah menandatangani kontrak baru di Atletico yang menyaksikan beliau kekal sehingg Jun 2022. Dikatakan dalam kontrak beliau ada klausa perlepasan bernilai €200 juta.

Namun angka itu akan dikurangkan kepada €100 juta selepas Julai 2018. Jadi, selain Barcelona sudah pastinya banyak pasukan yang memiliki dana besar mampu untuk membayar angka itu.

Ini selepas angka €100 juta bukanlah angka yang membuatkan kita semua terlalu takjub pada hari ini. Neymar, M’bappe, Coutinho, Pogba, dan Dembele, semua mereka dibeli dengan angka €100 juta dan ke atas.

Griezmann enggan isu lain mengganggu beliau ketika di Piala Dunia kelak, termasuk isu kelab mana beliau akan bermain, kekal atau tidak.

Oleh itu, penyerang Perancis itu akan cuba menyelesaikan perkara itu sebelum Piala Dunia.

“Saya mahu ke Rusia tanpa memikirkan perkara lain termasuk tak tahu di mana saya akan beraksi musim baru. Saya mahu tenangkan minda daripada memikirkan sama ada saya akan kekal di satu tempat atau ke tempat baru.”

Beberapa bulan lalu, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dikatakan telah bertemu dengan wakil Griezmann di sebuah hotel. Abang Griezmann turut memberikan bayangan yang Griezmann akan ke Barcelona.

Atletico yang kecewa kerana pertemuan itu tidak melalui mereka terlebih dahulu dianggap sebagai satu cubaan untuk merembat pemain menggunakan pintu belakang. Mereka mahu membawa kes itu ke FIFA.

Tidak lama selepas itu, Barcelona mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal dakwaan Atletico Madrid itu. Selepas itu, tiada lagi berita kontroversi susulan yang berlaku.

Impian dan ‘feel good factor’

Griezmann menyatakan beliau mahu kekal gembira di dalam padang untuk menapatkan aksi yang terbaik.

“Apabila saya gembira, segalanya akan OK. Cita-cita saya adalah untuk menjulang Piala Dunia dan UCL.”

“Selepas itu saya mahu menang Ballon d’Or. Namun dalam kelompok kami yang ada sekarang, kami lebih memikirkan kejayaan berpasukan berbanding kemenangan individu.”

“Misalnya, saya tidak akan gembira ketika menang anugerah penjaring terbanyak UEFA 2016. Sebab bagi saya, saya mahu kami menjuarai piala itu yang lebih penting.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN