Sacchi: “Napoli Satu Rahmat Di Serie A, Tak Takut Dengan Si ‘Kaya’ Juventus”

Legenda AC Milan, Arrigo Sacchi gembira dengan kempen Napoli musim ini. Mereka telah berjaya keluar daripada stereotaip orang Itali yang selalu berpendapat, untuk berjaya perlulah kaya macam Juventus.

Ini selepas dominasi Juventus dalam beberapa tahun ini. Mereka adalah kelab di Itali yang berbelanja besar dengan kualiti pemain mereka yang ada. Kuasa wang Juventus sangat kuat di Itali.

Mereka boleh mendapatkan mana-mana pemain yang mereka mahukan terutama sekali di Itali. Sacchi melihat ada wujud elemen ‘gentar’ dalam bola sepak Itali apabila mendengar nama pasukan seperti Juventus.

Ini antara faktor yang dilihat Sacchi sebagai salah satu penghalang dari dalam sesebuah pasukan itu untuk bersaing dengan pasukan seperti Juventus. Mereka menekan diri sendiri. Ini termasuk pemain, jurulatih, penyokong dan semua.

Namun begitu, Sacchi gembira dengan adanya pasukan seperti Napoli yang tidak ada elemen gentar dalam diri mereka musim ini di bawah Maurizio Sarri.

Pasukan Napoli hanya membelanjakan sekitar 1/3 daripada apa yang dibelanjakan oleh Juventus. Namun mereka musim ini telah membuktikan mereka boleh bersaing.

Sacchi mengakui bukan mudah untuk Napoli menjuarai Serie A mengatasi Juventus yang kini mendahului dengan 2 mata di puncak liga.

Tetapi pengurus legenda ini mahukan Napoli juara untuk menyempurnakan kisah menarik dan penuh motivasi mereka untuk menjadi tatapan seluruh Itali. Sacchi seakan-akan menyindir AC Milan yang merupakan kelab tetap beliau.

Ini selepas Milan berbelanja dengan sangat besar awal musim ini tetapi gagal membentuk kualiti dalam pasukan seperti mana yang dilakukan Napoli.

Maurizio Sarri pada awal musim hanya melakukan 2 pembelian untuk pasukan utama iaitu Allan dan Hysaj yang berjaya menjadi pemain utama Sarri. Arrigo Sacchi berkata kepada wartawan:

“Juventus ada nilai yang banyak, tetapi mereka bukan pasukan yang konsisten bermain dengan spektakular musim ini.”

“Manakala, Napoli pula ibarat satu rahmat yang hadir dalam Serie A musim ini dan juga bola sepak secara amnya. Mereka keluar daripada budaya ortodok dan budaya gerun dalam diri kita.”

“Tugasan Napoli untuk mengatasi Juventus adalah tugas yang hampir pasti mustahil. Tetapi jika mengambil kira bagaimana mereka menguruskan bil dan gaji pemain mereka, 1/3 daripada apa yang dibelanjakan Juventus, saya boleh katakan mereka memiliki idea untuk kejayaan.”

“Apabila bercakap tentang Juventus, mereka membuat kualiti itu dengan organisasi serta kuasa penarik yang mereka ada.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN