Granit Xhaka: Empat Teratas EPL Keutamaan Arsenal Berbanding Juarai Liga Europa

Arsenal

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka melaungkan amaran bahawa The Gunners perlu meletakkan keutamaan untuk berada pada kedudukan empat teratas kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding menjuarai saingan Liga Europa musim ini.

Skuad berpengkalan di Utara London itu kini menduduki tangga kelima liga dan hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan yang akan ditentang hujung minggu ini, Manchester United.

Namun, sebelum pertembungan menarik tersebut, Arsenal bakal berkunjung ke Stadium Roazhon untuk pertemuan pertama peringkat 16 terbaik Liga Europa menentang Stade Rennais FC.

Bagi Xhaka, beliau melihat misi menamatkan saingan liga di tangga empat teratas seharusnya menjadi keutamaan buat Arsenal ketika ini.

Misi itu tidak lain dan tidak bukan iaitu bagi membolehkan Arsenal kembali beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah yang kali terakhir disertai mereka pada musim 2016/17.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 03: Granit Xhaka of Arsenal falls to the floor during the Premier League match between Arsenal FC and Liverpool FC at Emirates Stadium on November 3, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

”Setelah Arsene Wenger pergi, telah banyak perkara yang berubah di kelab ini. Kami gembira dengan jurulatih (Unai Emery), kami telah banyak meningkat, kami juga bekerja dengan keras.”

”Ia merupakan satu langkah besar sekiranya kami dapat kembali ke Liga Juara-Juara Eropah. Kami mahukannya. Kami mengetahui ia tidak tidak mudah tetapi kami terus bekerja.”

”Dua kali dalam masa dua tahun kami tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

”Pasukan seperti Arsenal perlu bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah dan kami perlu sentiasa menunjukkannya di atas padang.”

”Kami bekerja keras, mengubah identiti, anda boleh melihatnya dari minggu ke minggu. Ia penting untuk kami berada di sana, tidak berada jauh dari Liga Juara-Juara Eropah.”

”Sekiranya anda memenangi Liga Europa, anda boleh terus ke Liga Juara-Juara Eropah. Tetapi saya merasakan Liga Perdana Inggeris merupakan keutamaan kami untuk ke Liga Juara-Juara Eropah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN