Quantcast

BERITA

Pemain Norwich Ini Jaringkan Gol Selepas Didenda Basuh Kereta Pengurus Pasukan

Dalam seminggu, Marco Stiepermann mempunyai kisah berbeza, buruk dan baik. Pemain Norwich City yang berasal dari Jerman ini mempunyai kisah yang tular di serata Britain.

Malang

Pada pertengahan minggu lepas, Stiepermann dikatakan didenda sebanyak 50 pound oleh kelabnya. Namun kelab itu tidak mendedahkan apakah kesalahan dilakukan oleh pemain ini.

Biasanya denda akan dikenakan sekiranya melakukan kesalahan seperti datang lewat ke sesi perbincangan pasukan atau menggunakan telefon semasa makan tengah hari.

Stiepermann diberikan peluang untuk melepaskan diri daripada denda itu. Entah siapa punya idea, ada sebuah roda seumpama ‘Wheel of Fortune’ dipasang di pusat latihan Colney.

Stiepermann memusing roda itu dan malangnya ia mengenai tugasan yang akan dilakukannya. Beliau didenda untuk membasuh kereta Daniel Farke, pengurus Norwich City.

Kejadian itu sempat dirakam oleh Tim Krul, penjaga gol Canaries dan dimuatnaik di akaun Twitternya.

Ketawa

Kejadian melucukan ini menimbulkan gelak tawa skuad Norwich City. Malah, denda seperti ini tidak diketahui oleh Farke sendiri.

Farke mengetahuinya selepas Stiepermann meminta kunci kereta. Stiepermann membasuh kereta Farke di luar dan di dalam sebagai ganti denda 50 pound itu.

Tim Krul sempat merakam video Stiepermann membasuh kereta. Dan beliau memuatnaik video itu di Twitternya.

Pujian

Norwich City’s Marco Stiepermann celebrates scoring his side’s first goal of the game with team-mates during the Sky Bet Championship match at The Den, London. (Photo by Steven Paston/PA Images via Getty Images)

Meskipun ia seolah memalukan Stiepermann, beliau bersikap profesional. Ini terbukti beliau menjaringkan satu gol semalam semasa Norwich mengalahkan Millwall.

Dua gol Norwich disumbangkan oleh Chris Zimmermann dan Teemu Pukki. Pemain Millwall, Shaun Williams menjaringkan gol saguhati untuk tuan rumah.

Farke berpuashati dengan sikap Stiepermann walaupun terpaksa mengharungi minggu yang mencabar dan memalukan.

Norwich kini berada di persada carta EFL Championship. Mereka mengutip 69 mata selepas bermain 35 perlawanan. Di belakang mereka, Leeds yang turut beraksi 35 perlawanan tetapi meraih 67 mata.

Nampaknya inilah cara untuk mengekalkan disiplin di kelab yang sedang menjadi tumpuan ramai! Teringat rancangan komedi Roda Igauan di sebuah saluran televisyen di Malaysia.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!