Gonzalo Higuain Buka Akaun Jaringan Bersama Chelsea, Belasah Huddersfield 5-0 Di Stamford Bridge

Gonzalo Higuain boleh menarik nafas lega selepas beliau berjaya membuka akaun jaringan buat The Blues selepas dua gol dihasilkannya membantu Chelsea menumpaskan Huddersfield Town 5-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Kemenangan yang diraih berjaya memadamkan episod dua kekalahan berturut-turut Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka kecundang di tangan  Arsenal dan Bournemouth.

Eden Hazard (dua gol) dan David Luiz turut mencipta jaringan bagi menambah luka lawan yang kini menghuni tangga terbawah EPL ketika ini.

Pada perlawanan ini juga turut menyaksikan pertahanan muda, Andreas Christensen membuat penampilan ke-50 bersama Chelsea.

Ross Barkley dan Aaron Mooy mencemaskan kubu lawan masing-masing pada awal permainan, namun percubaan kedua-dua pemain tersebut sedikit tersasar.

Pesta jaringan Chelsea bermula pada minit ke-16 selepas Higuain menerima umpanan menarik daripada N’Golo Kante, tidak menunggu lama untuk terus melakukan rembatan padu yang menewaskan penjaga gol, Jonas Lossl.

Chelsea
LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 02: Gonzalo Higuain of Chelsea and Eden Hazard of Chelsea during the Premier League match between Chelsea FC and Huddersfield Town at Stamford Bridge on February 02, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Ketika aksi babak pertama menghampiri penghujung, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas kapten, Cesar Azpilicueta dikasari Elias Kachunga dalam kawasan penalti.

Hazard yang mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang dimiliki untuk aksi 45 minit pertama berakhir dengan keputusan 2-0 memihak skuad bimbingan Maurizio Sarri itu.

Pemain antarabangsa Belgium itu sekali lagi meletakkan namanya selaku penjaring pada minit ke-66 apabila dengan tenang beliau memperdayakan Lossl dan pertahanan setelah menerima lorongan kemas daripada Barkley.

Tidak cukup dengan kelebihan tiga jaringan dimiliki, Higuain turut meledakkan jaringan peribadi kedua buat dirinya menerusi satu rembatan cantik dari luar kawasan penalti yang terus menerjah gawang Huddersfield.

David Luiz menutup pesta jaringan dengan tandukan bagi menghasilkan gol kelima untuk Chelsea kembali meraih kemenangan selepas dua perlawanan liga yang menghampakan.

Kemenangan tersebut kembali meletakkan Chelsea di tangga keempat dengan mencatatkan 50 mata. Arsenal yang berada di tangga kelima dengan 47 mata kekurangan satu perlawanan dan akan bertemu Manchester City, awal pagi ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN