Quantcast

BERITA

Highlight: Chelsea Lanyak Huddersfield 5-0, Higuain & Hazard ‘Double’

Chelsea berjaya bangkit daripada kekalahan memalukan sebelum ini. The Blues membelasah Huddersfield 5-0 di Stamford Bridge.

Gonzalo Higuain membuka tirai jaringan untuk Chelsea pada minit ke-16. Beliau menerima hantaran ‘disguise’ daripada N’golo Kante.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, Eden Hazard menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti.

Bersambung babak kedua, Hazard mencetak ‘double’ pada minit ke-66 – sekaligus membunuh perlawanan.

Chelsea tidak terhenti di situ. Mereka menambah 2 lagi gol. Higuain menjaringkan gol ke-4 The Blues dan yang kedua untuk beliau dalam perlawanan ini.
Dan sebelum wisel penamat, David Luiz menjaringkan gol ke-5 Chelsea menerusi tandukan.

Kemenangan ini membolehkan Chelsea kembali berada dalam 4 teratas. Chelsea kini 3 mata di atas Arsenal.

Keputusan ini juga dapat meredakan sedikit tekanan yang dihadapi oleh Maurizzio Sarri buat masa ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!