Dalam minggu ke-2 MSL 2018 ada 2 perlawanan berlangsung dengan adanya perlawanan tengah minggu. Jadi, kami senaraikan 5 jaringan tercantik pilihan semuanyaBOLA.
Pemilihan kami adalah gol yang bersih dan bukan ‘fluke’. Contohnya terbias di kaki pemain lain ataupun kerana kesilapan penjaga gol yang melepaskan bola.
5. Gilmar Filho (Perak vs Kedah)
Pemain ini meledak misil dari luar kotak penalti. Beliau melihat penjaga gol dalam kedudukan agak ‘lari’ daripada titik terbaik dan Gilmar memutuskan untuk melakukan rembatan terus.
gilmar from Ahmad Muzammil on Vimeo.
4. Jorge Pereyra Diaz (JDT vs PKNP FC)
PKNP bertahan dengan sangat kompak. Gol ini kami pilih kerana ianya gol berpasukan ataupun ‘team goal’. Gol yang ala gol di pusat latihan ini sangat cantik. Gabungan visi dan keupayaan memanipulasi ruang segera.
3. Syahmi Safari (Selangor vs Melaka)
Bintang muda Selangor ini bermain salah satu aksi terbaik dalam karier beliau dalam perlawanan ini. Syahmi menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini dan gol ke-4 Selangor adalah jaringan dengan teknik lencongan ke luar (outside curler) yang menewaskan penjaga gol di ‘near post’.
2. Lee Tuck (Terengganu vs Selangor)
Lee Tuck melakukan satu ‘first time shot’ dari jarak jauh menerima umpanan daripada rakannya. Bukan mudah untuk melakukan gol seperti ini.
Beliau menggunakan ‘outside swinger’ untuk menewaskan Norazlan Razali. Bola yang dipotong/dipancung (sliced) beliau sangat laju dan melencong sangat kuat pada fasa akhir sebelum ke gol. ‘Clean hit’, kemah Lee Tuck!
Lee Tuck’s screamer vs Selangor from Ahmad Muzammil on Vimeo.
1. Lee Tuck (Terengganu vs Selangor)
Lee Tuck sekali lagi berada dalam senarai ini. Minggu ini boleh dikira Anugerah Lee Tuck untuk inspirasi Anugerah Puskas untuk jaringan tercantik. Gol ini kami tak perlu jelaskan banyak, anda cuma perlu nikmati.
Itu adalah 5 gol tercantik pilihan kami untuk minggu ke-2 MSL 2018. Anda bagaimana pula?