Harimau Malaya Bakal Adakan Perlawanan Persahabatan Dengan Ukraine?

Skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe kemungkinan akan bertemu pasukan kebangsaan Ukraine pada aksi perlawanan persahabatan kelas A yang bakal diaturkan kelak.

Menurut laman facebook JOHOR Southern Tigers (JST), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga presiden FAM menerima mengadap Olexander Nechytaylo, Duta Ukraine bagi membincangkan jalinan kerjasama hubungan antara Ukraine dan Malaysia melalui bola sepak.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima mengadap Duta Ukraine, Olexander Nechytaylo hari ini. Pertemuan ini bagi membincangkan jalinan kerjasama hubungan antara Ukraine dan Malaysia melalui bola sepak.

“Turut dibincangkan adalah mengadakan perlawanan persahabatan kelas A antara pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan kebangsaan Ukraine di bawah bimbingan legenda bola sepak Ukraine, Andriy Shevchenko.

“Ia sebagai pendedahan kepada pasukan kebangsaan dan juga dapat membantu menaikkan kedudukan pasukan kebangsaan di dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),” kata kenyataan itu.

Ukraine yang kini menghuni ranking FIFA ke-35 dunia gagal layak ke kejohanan Piala Dunia di Russia tahun ini dan hanya layak ke saingan Piala Dunia sekali iaitu pada  tahun 2006. Ketika itu mereka berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir sekali gus mencatat pencapaian terbaik mereka pada kejohanan itu.

Antara nama besar dalam skuad kebangsaan Ukraine ialah Andriy Yarmolenko yang beraksi bersama Borussia Dortmund, pemain sayap Schalke 04, Yevhen Konoplyanka dan juga penjaga gol Shakhtar Donetsk, Andriy Pyatov.

Mereka juga dijadualkan bertemu 2 pasukan dari Asia pada bulan Mac depan iaitu menentang Arab Saudi di Sepanyol pada 23 Mac dan menentang Jepun pada 27 Mac dalam saingan Piala Cabaran Kirin.

Jika mengikut kekosongan slot jadual perlawanan persahabatan antarabanga, kemungkinan Malaysia ada peluang untuk mengaturkan perlawanan persahabatan dengan negara itu pada bulan April hingga Ogos.

Melalui bacaan di laman web wikipedia, pasukan itu juga akan menyertai UEFA Nations League B pada 6 September hingga 16 November 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN