Quantcast

LIGA MALAYSIA

FAS Kecewa Kenyataan Azmin Ali Mahu Selangor Contohi Iraq Bermain Di Padang Pasir

Pengurus pasukan bola sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang seolah-olah tidak kisah langsung tentang bola sepak Selangor.

Lagi pedih apabila Azmin Ali membandingkan senario bola sepak Selangor dengan apa yang berlaku di Iraq. Diminta komen isu Selangor yang mahu beraksi di Stadium Shah Alam, Azmin Ali dengan ringkas menjawab:

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh main dekat padang pasir,”

Dipetik daripada Utusan Online, Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata:

“Susah saya nak ulas mengenai kenyataan menteri besar (Azmin) itu, nak ulas pun rasa malu kerana sikap yang ditunjukkannya itu seolah-olah tidak matang.”

“Bagi pemain Red Giants dan rakyat Selangor, Stadium Shah Alam merupakan ‘stadium keramat’ dan tempat jatuh bangunnya sukan bola sepak di Selangor lebih 20 tahun lalu”.

Azmin Ali bagaimanapun memberitahu YB Amiruddin Shari sedang meneliti akan hal tersebut. Beberapa minggu lalu, Gerakan Bertindak Penyokong Selangor telah bertemu dengan Amiruddin Shari untuk membincangkan perkara tersebut.

Selangor masih berharap untuk menggunakan Stadium Shah Alam yang kini menjadi rumah kepada PKNS FC. Selangor tidak dapat menggunakan Stadium Bukit Jalil kerana isu jadual padat stadium nasional tersebut.

Selangor kini berkongsi stadium dengan seteru mereka Kuala Lumpur di Stadium Cheras.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!