Pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dijangka akan melakukan bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai gol kontroversi Selangor tempoh hari.
Pihak KFA kini sedang meneliti rakaman mengenai gol penalti Selangor yang menjadi kontroversi tempoh hari.
Gol tidak sah
Dalam perlawanan Selangor menentang Kedah di Stadium MP Selayang tempoh hari, perlawanan berakhir dengan jaringan 1-1.
Sandro Mendoca meletakkan Kedah di hadapan dengan sepakan percuma yang cukup menarik menewaskan Khairul Azhan pada minit ke-81.
Namun Juliano Mineiro menyamakan kedudukan selepas menolak masuk sepakan susulan selepas sepakan penalti Victor Astafei ditepis oleh keluar oleh Ifwat Akmal pada minit ke-94.
Namun apa yang menjadi kontroversi adalah kedudukan Juliano Mineiro yang sudah berada dalam kotak penalti sewaktu Astafei berlari untuk menyepak sepakan penalti itu.
Tindakan Mineiro itu bagaimana pun tidak berjaya dikesan oleh pengadil dan juga penjaga garisan dan jaringan itu telah menafikan 3 mata buat pasukan Kedah.
Pihak KFA nyata kecewa dengan gol tersebut dikira, begitu juga penyokong Kedah.
Mereka sedang meneliti rakaman gol tersebut dan dijangka akan melakukan bantahan dalam masa terdekat.
Anda boleh tonton semula gol itu disini:
https://www.youtube.com/watch?v=_tuAyEQIDoc
Baca juga: AmTuah Umum Keluar Persaraan, Kembali Jadi Pemain E-Sukan Negara