Quantcast

BERITA

AmTuah Umum Keluar Persaraan, Kembali Jadi Pemain E-Sukan Negara

Masihkah anda ingat dengan AmTuah? Pemain e-sukan negara yang mencipta kejutan layak mewakili Malaysia ke kejohanan peringkat dunia di Perancis tahun lalu?

Baca: Lelaki Ini Bidas Stigma Dan Budaya Orang Malaysia Yang Suka Kutuk Gamers Tempatan

Kepada yang mengikuti secara dekat dengan perkembangan AmTuah, beliau kini sudah bersara dari dunia e-sukan beberapa bulan yang lalu.

Hal ini disebabkan, beliau mahu menfokuskan kepada kerjaya beliau pada waktu itu.

Dalam masa yang sama, beliau berang dengan pihak Asean Games E-Sports (AGES) terhadap layanan mereka kepada para pemenang kejohanan itu.

Kembali dan lebih hebat

Namun begitu, AmTuah kali ini mengumumkan untuk kembali semula ke dalam dunia e-sukan.

Beliau yang memberitahu penulis mengenai kepulangan semula beliau ke dunia e-sukan ini kali ini dengan tugas lebih hebat.

Hal ini kerana beliau bukan sahaja kembali sebagai pemain e-sukan sahaja, tetapi beliau juga kembali sebagai jurulatih kepada bakal pelapis pemain e-sukan negara!

Ketika ditanya kenapa beliau kembali sebagai pemain & jurulatih, beliau dengan nada bergurau berkata:

“Kalau TMJ boleh jadi pemilik kelab dan pemain dalam satu masa, kenapa saya tak boleh? Haha!”

AmTuah akan kembali menyertai kejohanan e-sukan FIFA pada bulan awal April ini di Kuala Lumpur dan kini beliau sedang giat berlatih untuk kembali semula ke gelanggang.

AmTuah bersama rakan beliau di dalam satu kejohanan e-sukan satu masa dahulu.

Pada bulan April juga, AmTuah akan memulakan karier beliau sebagai jurulatih e-sukan di sebuah akademi e-sukan yang akan diberitahu kelak.

Di akademi tersebut, AmTuah akan mencungkil mana-mana pemain yang berbakat dan berpotensi tinggi untuk pergi jauh dalam dunia e-sukan.

Jadi kepada siapa-siapa yang mahu terjun ke dunia e-sukan dan berjaya seperti AmTuah, inilah masanya~

Baca juga: Daripada Lawan Budak Rumah Ke Kejohanan Dunia E-Sukan, Ini Kisah AmTuah