Gol Ke-41 Pada Minit Akhir Perlawanan Terakhir, Lewandowski Padam Rekod 49 Tahun Gerd Muller

Robert Lewandowski Gerd Muller Bundesliga

Pada penghujung Mac lalu, Robert Lewandowski dikhabarkan mengalami kecederaan lutut kanan ketika membantu Poland menang 3-0 ke atas Andorra dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Keadaan tersebut seolah-olah menjadi batu penghalang kepadanya yang ketika itu dalam landasan terbaik untuk memecahkan rekod 40 gol Bundesliga dalam semusim milik Gerd Muller yang telah bertahan selama 49 tahun.

Sedangkan ketika itu penyerang berusia 32 tahun tersebut sudah mengumpul 35 gol dengan lapan perlawanan yang berbaki. Pemeriksaan serta imbasan yang dilakukan mendapati beliau perlu direhatkan sekurang-kurangnya selama empat minggu.

Ketiadaan Lewandowski dalam tempoh tersebut jelas memberi impak yang cukup besar kepada pasukannya setelah tersingkir di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Skuad kendalian Hansi Flick itu tewas secara agregat kepada Paris Saint-Germain (PSG) dan punca utamanya adalah ketumpulan di bahagian serangan.

Lewandowski akhirnya kembali diturunkan pada 24 April dalam perlawanan liga menentang Mainz. Sekalipun tewas 2-1, namun beliau berhasil menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi menambah gol ke-36 musim ini.

Harapan kembali menyala apabila dalam perlawanan ke-34, Lewandowski mencetak hatrik ketika membantu pasukannya membelasan Borussia Monchengladbach 6-0 di Allianz Arena.

Dengan dua perlawanan berbaki, Lewandowski hanya memerlukan dua gol sahaja bagi memastikan angka 41 mampu dicapai.

Aksi menentang SC Freiburg di tempat lawan, jaringan penaltinya pada minit ke-26 menjadikannya sebaris dengan legenda Bayern Munich, Gerd Muller dengan gol ke-40.

Dalam perlawanan terakhir menentang Augsburg, tumpuan seluruh dunia terarah kepada Lewandowski yang hanya memerlukan satu gol untuk memahatkan namanya dalam rekod baharu dalam sejarah bola sepak Jerman.

Satu demi satu gol terhasil untuk meletakkan Bayern selesa 4-0 pada separuh masa pertama. Bermula dari gol sendiri Jeffrey Gouweleeuw pada minit ke-9, diikuti oleh Serge Gnabry (23′), Joshua Kimmich (33′) dan Kingsley Coman (43′).

Beliau mendapat beberapa peluang terbaik, tetapi dinafikan oleh penjaga gol Augsburg, Rafal Gikiewicz. Pasukan lawan kembali mencabar dengan dol gol menerusi Andre Hahn dan Florian Niederlechner.

Ketika penghujung perlawanan, takdir telah tertulis pada malam itu bahawa ianya adalah malam gemilang untuk diraikan oleh Lewandowski yang bakal menjadi kenangan terindah dalam hidupnya.

Percubaan Leroy Sane dari luar kotak penalti diselamatkan Gikiewicz, tetapi pemain berjersi nombor 9 itu berada pada posisi dan waktu yang tepat untuk menyambar bola muntah tersebut dan menoktahkan gol ke-41 peribadinya musim ini.

“Saya perlu jujur mengatakan saya tidak pernah mengimpikan untuk memecahkan rekod menjaringkan lebih dari 40 gol, kerana saya rasakan ianya amat mustahil,” ujarnya ketika bercakap kepada bundesliga.com.

“Bayangkan jika kamu hanya ada 34 perlawanan dan saya hanya bermain 29 perlawanan – sebab itulah kenapa saya masih tak percaya saya berjaya melakukannya.

“Apatah lagi dalam perlawanan ini, saya menjaringkan gol pada saat-saat akhir, walaupun saya telah mencuba tiga, empat, lima kali untuk menjaringkan gol, tetapi tak berhasil.

“Kemudian kesempatan pada minit akhir itu datang dan saya menjaringkan gol. Ianya amat istimewa, sesuatu yang bersejarah, saya masih tak percaya.

“Mungkin esok, mungkin dua minggu lagi, baru saya sedar apa yang telah saya lakukan.”

Dengan purata satu gol setiap 60 minit, 41 gol yang dicatatkan meletakkan selaku penjaring terbanyak mengatasi penyerang Eintracht Frankfurt dengan 28, satu gol mengatasi penyerang muda Borussia Dortmund, Erling Haaland.

Ia juga merupakan musim terakhir bersama Bayern buat pengurus Hansi Flick dan beberapa pemain senior seperti Javi Martinez, David Alaba dan Jerome Boateng.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Robert Lewandowski dan Bayern Munich:

Kisah Impian Murni Lewandowski Beraksi Di England Lenyap Bersama Debu Gunung Berapi

Bundesliga: Bayern Juara Lagi, Muller & Alaba Catat Rekod Gelaran Ke-10

RASMI: Julian Nagelsmann Sah Sertai Bayern Munich, Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN