Kisah Impian Murni Lewandowski Beraksi Di England Lenyap Bersama Debu Gunung Berapi

Robert Lewandowski adalah pemain terbaik dunia pada hari ini. Berhijrah ke Jerman bersama Borussia Dortmund sebelum menyertai Bayern Munich, penyerang berasal dari Poland itu dianggap sebagai salah seorang penyerang paling konsisten di dunia.

Penyerang berusia 31 tahun tersebut merekodkan hatrik untuk membantu Bayern Munich bangkit menewaskan Borussia Dortmund dalam pertembungan Der Klassiker di Allianz Arena pada Sabtu walaupun ketinggalan 2-0 pada awal permainan.

Pada hujung minggu lalu penyerang berusia 31 tahun tersebut merekodkan hatrik untuk membantu Bayern Munich bangkit menewaskan Borussia Dortmund dalam pertembungan Der Klassiker di Allianz Arena pada Sabtu walaupun ketinggalan 2-0 pada awal permainan.

Ini bermakna Lewandowski semakin hampir dalam misinya untuk mengatasi rekod 40 gol Bundesliga dalam semusim milik legenda Gerd Muller yang telah bertahan selama hampir 50 tahun.

Lewandowski dan Premier League

Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana satu insiden melibatkan alam telah menghalang Lewandowski untuk beraksi bersama Blackburn Rovers di Premier League.

Semuanya hanya kerana satu penerbangan yang terpaksa dibatalkan pada 2010 akibat letusan gunung berapi. Jika tidak, penyerang yang kini berusia 31 tahun itu berkemungkinan telah beraksi di Premier League dan diangkat sebagai legenda di Ewood Park.

Pengurus Blackburn pada ketika itu adalah Sam Allardyce, dan baru-baru ini berkongsi mengenai perkara itu bersama talkSPORT.

“Saya pergi bersama Ketua Pencari Bakat [ke Poland], Martyn Glover dan ia amat menarik,” kata Allardyce.

“Kami amat tertarik dengan pemain tersebut, dan pengerusi kelab mahu menjual pada harga €8 juta, dan beliau dijadualkan akan terbang ke England.

“Kemudian asap tebal dari gunung berapi di Iceland mula timbul dan banyak penerbangan dibatalkan. Maka beliau tidak boleh terbang,”

Pada ketika itu letusan Gunung Berapi Eyjafjallajökull meletus pada April 2010 menghasilkan asap tebal sehingga menyebabkan banyak penerbangan di Eropah tidak boleh beroperasi selama enam hari.

“Kami menanti beliau di Lapangan Terbang Manchester. Seminggu dua kemudian beliau menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund,” tambah Allardyce.

Perkara yang sama turut dikongsi oleh Lewandowski sebelum itu sekaligus mengesahkan apa yang didakwa oleh Allardyce.

Sedang cari peluang

Lewandowski pada ketika itu adalah seorang pemain muda yang beraksi bersama Lech Poznan, dan sedang mencari peluang untuk mengembangkan bakatnya di liga utama di Eropah.

“Saya pernah memiliki peluang untuk menyertai Blackburn, dan saya mahu melihat sendiri bagaimana rupanya kelab itu dan pusat latihan selepas saya bertemu dengan Sam Allardyce,” kata Lewandowski.

“Saya berada di Poland selepas satu perlawanan. Saya berpendapat beliau adalah seorang budiman, seorang jurulatih yang bagus.

“Beliau bersedia untuk mengambil pemain muda yang mempunyai bakat istimewa. Beliau mahu ke Poland untuk menyaksikan saya. Itu bagus.

“Terdapat banya pilihan selepas saya memutuskan untuk meninggalkan Poznan. Saya perlu tahu, jika saya ke sana, apa yang akan saya dapat. Apakah perkara yang akan saya pelajari.

“Saya berpendapat saya akan okay jika ke Blackburn, tetapi saya mahu melihat terlebih dahulu pusat latihan dan stadium. Malangnya saya tidak boleh pergi kerana keadaan awan dan asap. Ia kerana gunung berapi.

“Selama seminggu tiada siapa boleh terbang di Eropah. Penerbangan telah ditempah, namun tidak bileh terbang. Ia mengubah kehiduan saya. Jika saya ke Blackburn, mungkin saya akan terus kekal di sana.”

Selepas itu Lewandowski memilih untuk menyertai Borussia Dortmund dan bekerja di bawah kendalian Jurgen Klopp yang berjaya mengumpul sebuah skuad yang hebat. Lewandowski adalah penyerang utama pasukan.

Dan kita semua tahu sejauh mana pencapaian Lewandowski pada hari ini.

Penutup

Secara keseluruhan, Lewandowski telah menjaringkan 55 gol dari 47 perlawanan dalam semua pertandingan, mengatasi rekod 50 gol dari 48 perlawanan milik Muller yang memberikan kejuaraan treble buat The Bavarians sebelum ini.

Dengan berbaki 10 perlawanan liga, Kapten Poland ini semakin hampir untuk memecahkan rekod musim 1971/72  itu dalam musim ketujuhnya di Bayern Munich.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Robert Lewandowski:

5 Penyerang ‘Kuda Tua’ Yang Masih Berbisa Di Eropah

Hebat Luar Dan Dalam Padang, Robert Lewandowski ‘Bolot’ Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani

Statistik Gila Robert Lewandowski, Penyerang Terbaik Di Dunia Ketika ini

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN