‘The Godfather’ Dan Revolusi 3-4-3 Luar Biasa Di Chelsea

Antonio Conte diberikan gelaran The Godfather ketika beliau di Juventus. Ini kerana beliau sangat tegas dan mahukan pemain melakukan apa yang beliau telah rancang.

Di tepi padang Don Conte akan sentiasa menjerit dan bertenaga supaya dia sentiasa ‘ada’ sekali dalam permainan bersama-sama pemain beliau.

conte1

Tidak ada siapa yang mampu menghalang beliau meraikan gol walaupun ia bukan gol pertama bak kata pengulas dalam perlawanan Chelsea menentang Everton.

Cair (Fluid) Dan Bertenaganya Chelsea

Di tengah mereka ada Kante yang pernah membantu Leicester mengejutkan bola sepak dunia musim lalu. Sementara itu, Victor Moses dan Marcos Alonso telah memberikan tambahan kepada aspek athleticism.

Kami masih teringat bagaimana ramai meragui kenapa Chelsea sanggup berbelanja besar untuk pemain bernama Marcos Alonso yang pernah gagal di EPL sebelum ini.

alonso

Victor Moses adalah pembelian yang lebih kepada kuota homegrown sebelum ini. Beliau lebih banyak berkhidmat untuk kelab lain berbanding Chelsea.

Namun kali ini Moses kelihatan menjadi pemain penting dalam sistem Conte ini. Matic dan Pedro semakin baik kefahaman mereka dalam bermain formasi ini.

Hinggakan, pemain yang rajin (high work rate) seperti Willian dan Oscar pun dilihat sukar untuk memecah masuk ke dalam pasukan ini buat masa ini.

Eden Hazard kembali kepada aksi terbaik beliau. Aksi Diego Costa membuatkan Roman Abramovich lega untuk tidak menuruti kehendak Everton yang meminta ‎£75 juta untuk bekas pemain mereka Romelu Lukaku.

costa

Sistem Bek Bertiga

Conte memang terkenal dengan formasi utama beliau dengan bek bertiga. Namun tetap ada keraguan dan stereotaip yang menjangkakan beliau tidak akan berjaya dengan sistem ini.

Sebelum ini, pakar kepada sistem ini Louis Van Gaal sampai ke sudah tidak mampu memiliki formasi kegemaran beliau setiap minggu.

Selepas ketinggalan 3-0 di Emirates, Conte menukar formasi keapda bek bertiga pada separuh masa kedua. Pada ketika ini kami sudah tahu yang beliau sudah ada pelan untuk menggunakan sistem ini pada masa terdekat.

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Kualiti Dan Struktur Arsenal Musnahkan Chelsea

Cuma beliau tidak mahu tergesa-gesa menggunakannya dengan mengambil kira kefahaman pemain ke atas formasi ini. Beliau mahukan transisi yang mengambil kira semua pihak bukannya memikirkan dirinya sendiri.

Pada hari ini, Chelsea bermain 3-4-3 yang dinamik. Menyerang sehingga membentu 3-3-4 atau 3-2-5. Hasilnya, kini mereka telah menjaringkan 16 gol tanpa balas dalam 5 perlawanan EPL, Manchester United turut dalam senarai pasukan yang ditewaskan mereka sepanjang proses itu.

antonio_conte_may_have_to_change_his_tactics_to_prevent_being_ou-a-4_1477176712030

Dalam perlawanan EFL mereka diberikan reality check oleh West Ham. Namun ia membuatkan mereka bangkit lebih garang. Conte enggan menggunakan alasan pasukan kedua untuk menutup kelemahan mereka.

Sebaliknya beliau menggariskan disiplin dan komitmen para pemain yang tidak cukup tinggi adalah punca utama.

Sistem Semakin Baik

Kini Courtois mendapat perlindungan yang lebih baik daripada pertahanan. Kante dan Matic pula meneruskan aksi cemerlang sebagai pivot kembar.

Matic telah melakukan 5 assist daripada 9 perlawanan EPL setakat ini. Ia bukan sesuattu yang mudah dilakukan oleh pemain yang beroperasi di kawasan bulatan tengah yang perlu lebih banyak melakukan hantaran vertikal.

Eden Hazard dilihat diberikan peranan yang lebih bebas. Hazard kelihatan semakin cintakan sistem ini. Conte memang mahukan pemain faham, tahu dan berminat untuk bermain sistem ini.

Jika tidak, hasilnya akan sia-sia kerana pemain memikirkan mereka ‘dipaksa’ bermain sistem yang mereka tidak suka.

Karakter Conte

Conte mengingatkan kita kepada era pertama Mourinho menyertai Chelsea dari Porto. Beliau memberikan perubahan yang jelas dalam perubahan taktikal kepada pendekatan 4-2-3-1.

LONDON - SEPTEMBER 19:  Chelsea manager Jose Mourinho sees another chance missed during the Barclays Premiership match between Chelsea and Tottenham Hotspur on September 19, 2004 at Stamford Bridge, London, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)
LONDON – SEPTEMBER 19: Chelsea manager Jose Mourinho sees another chance missed during the Barclays Premiership match between Chelsea and Tottenham Hotspur on September 19, 2004 at Stamford Bridge, London, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

Bukan mudah untuk jurulatih mengubah pendekatan bola sepak dalam sesuatu pasukan yang ada DNA mereka yang dominan. Namun Mourinho berjaya melakukannya.

Perkara ini yang dilakukan Mauricio Pochettino di Southampton dan Spurs, begitu juga Klopp di Liverpool. Sebelum ini Alex Ferguson dan Arsene Wenger masing-masing di Manchester United dan Arsenal.

Era Ancelotti, beliau lebih kepada mengembalikan apa yang Mourinho lakukan sebelum ini. Namun beliau gagal bertahan lama di kerusi panas itu.

Andres Villas Boas pernah mencuba untuk menanam falsafah bola sepak beliau yang berprinipkan high pressing dengan garisan pertahanan yang tinggi namun beliau tidak berjaya.

Kembalinya Jose Mourinho untuk kali kedua memberikan harapan kerana falsafah bola sepak Chelsea terlalu kuat ber-DNA-kan taktikal beliau.

Pada musim pertama, Mourinho ‘membersihkan’ pasukan. Pada tahun kedua, beliau berjaya memenangi EPL sekali lagi bersama Chelsea.

Namun musim lalu segalanya serba tidak menjadi. Kegagalan Mourinho mendapatkan pemain utama seperti yang beliau mahukan ditambah dengan pemain yang hilang motivasi untuk bekerja di bawah beliau membuatkan Chelsea pada satu ketika dilihat bertarung dengan penyingkiran.

Mourinho melepaskan Petr Cech dan terbuka menyatakan John Terry bukan pemain utama kelab lagi. Lampard tidak disambung kontrak.

Namun, yang menariknya, John Terry jugalah yang paling cemerlang dalam pasukan beliau.

Conte Dan Pengurusan Manusia

Kemasukkan Conte memberikan satu dimensi baru dalam pengurusan. Beliau tidak mahu menandatangani pemain yang terlalu mahal.

Walaupun pada hari ini Terry tidak berada dalam kesebelasan utama, Conte sentiasa menyatakan bahawa Terry adalah pemain penting dalam membantu beliau dan rakan-rakan sepasukan.

antonio-conte-john-terry-chelsea_3743732

Conte turut menyatakan Fabregas juga pemain penting dalam pelan taktikal beliau. Bagi Conte, beliau mahu semua pemain ada rasa bertanggungjawab ke atas pasukan.

Conte pernah ‘masuk campur’ dalam soal diet pemain terutama Eden Hazard. Kini tidak ada pemain yang boleh makan sesuka hati. Ia mungkin dianggap mencabuli hak peribadi.

Namun perkara yang sama turut dilakukan Pep Guardiola di City. Guardiola melarang pemain beliau bersarapan atau makan tengah hari di luar pada hari sesi latihan pasukan.

Kini tidak ada gambar Sagna, Zabaleta dengan isteri mereka dengan status makan tengah hari di akaun sosial pada hari yang ada sesi berpasukan (team session).

Hazard pada satu ketika diarahkan berlatih dengan pemain-pemain pertahanan untuk beberapa minggu. Ini kerana Conte merasakan Hazard pemain penyerang yang lengkap namun sangat lemah dalam permainan fizikal.

Perkara yang jelas dilakukan Conte adalah, beliau sudah mendapat kesebelasan terbaik dan formasi utama beliau pada Oktober. Bulan yang dipercayai ramai penganalisis sebagai bulan terkahir untuk menentukan pasukan dan formasi utama.

Buat masa ini, kami merasakan Conte sudah berjaya membentuk skuad dengan falsafah yang beliau inginkan. Namun dalam bola sepak, konsistensi dan kekuatan dalaman skuad (squad depth) akan memainkan peranan penting selepas ini.

Ia cabaran untuk Conte Chelsea mengekalkan konsistensi mereka sepanjang musim ini.

Baca juga :Julian Nagelsmann, Jurulatih Muda Yang Sedang Menggegarkan Bundesliga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN