Urus Fiorentina 154 Musim, Lelaki Ini Catat Rekod Dunia Main Football Manager

Sehingga kini, penulis masih lagi tertanya bagaimana sebuah permainan yang hanya perlukan tetikus sahaja seperti Football Manager ini mampu membuatkan pemainnya ketagih dan hilang hampir majoriti daripada tidur malamnya?

Baru-baru ini, seorang pemuda telah pun diberikan penganugerahan Guiness World Record Gamer’s Edition kerana telah bermain Football Manager dengan rekod yang paling lama.

154 musim

Memperkenal pemuda bernama Darren Bland (gambar bawah) yang merupakan seorang pemuda yang berasal dari England.

darren-bland-longest-game-of-f

Beliau telah menerima rekod bermain Football Manager paling lama di dunia selepas mengharungi 154 musim bersama dengan kelab Serie A – Fiorentina.

Bland yang mencatatkan rekod tersebut selepas bermain menerusi Football Manager 2010, telah mencatatkan rekod ‘umur’ beliau di dalam permainan tersebut dengan usia emas 190 tahun dan menguruskan kelab Serie A itu sehingga tahun 2163.

Bermain selama 173 hari, 16 jam dan 51 minit. Bland telah mencatatkan rekod yang cukup-cukup baik apabila merangkul gelaran Scudetto atau gelaran liga sebanyak 151 daripada 154 musim!

Kejayaan itu telah membuatkan Bland memperoleh gelaran legendary sebagai pemain permainan komputer itu.

Algeria juara Piala Dunia

Semuanya bermula selepas Bland berkeputusan untuk berpindah ke rumah ibunya untuk menjaga beliau.

Tanpa disangka-sangka Bland yang bermain Football Manager sekadar mahu ingin mengisi masa lapang, menggangap karier pengurusan beliau di dalam permainan komputer itu ibarat satu perkerjaan sepenuh masa beliau yang sebenar.

Sepanjang karier beliau di dalam permainan komputer itu, Bland juga telah berjaya merealisasikan jangkaan lagenda Brazil iaitu Pele mengenai Piala Dunia.

Lagenda Brazil itu menjangkakan Algeria akan muncul sebagai juara dunia apabila Piala Dunia 2034 diadakan. Dan Bland berjaya merealisasikan ramalan lagenda itu dengan menjadi pengurus Algeria!

Bland merupakan seorang pengurus yang menguruskan kelabnya dengan menjadikan kelabnya sebagai selling club. Beliau membeli pemain dengan harga murah dan kemudiannya menjual pemain tersebut dengan harga tinggi.

darren-bland-longest-game-of-f-1

Penamat karier

Bland yang juga merupakan merupakan peminat Liverpool pernah melakukan percubaan berani mati apabila pernah cuba memohon untuk menjadi pengurus Liverpool di dalam dunia bola sepak sebenar.

Berbekalkan dengan pengalaman ‘menguruskan’ Fiorentina, Bland cuba untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di Liverpool selepas Brendan Rodgers dipecat daripada menjadi pengurus.

Namun begitu, permohonan Bland itu dipandang sepi oleh Liverpool. Mereka kemudiannya melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus mereka.

Bagaimana pun, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Karier Bland bersama Fiorentina akhirnya berakhir kerana satu perkara.

Beliau tidak dipecat, tetapi beliau tertumpahkan cecair di komputer ribanya membuatkannya rosak dan tidak dapat bermain permainan itu lagi.

Jangan bersedih Bland, Football Manager 2017 sudah pun keluar dan anda boleh bermain edisi itu pula!

Baca juga: 5 Cabaran ‘Maha Susah’ Yang Patut Anda Cuba Di Football Manager 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN