Aston Villa telah selesai menandatangani penyerang, Ollie Watkins dari Brentford dengan memecahkan rekod pembelian kelab selepas bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak £28 juta yang boleh meningkat sehingga £33 juta berserta bonus tambahan.
Penyerang berusia 24 tahun itu merupakan penjaring terbanyak Liga Kejuaraan musim lepas dengan 26 gol, namun gagal membantu pasukannya layak ke Liga Perdana Inggeris selepas tewas dalam perlawanan akhir play-off.
Watkins merupakan pembelian kedua Villa untuk jendela perpindahan musim panas ini susulan ketibaan Matty Cash yang dibeli dengan harga £16 juta dari Nottingham Forest.
Aston Villa’s record signings:
— AVFCchats 🦁 (@AVFCchats) September 9, 2020
1st: Ollie Watkins – £28m
2nd: Tyrone Mings – £26m
3rd: Wesley Moraes – £22m
4th: Darren Bent – £18m
Will we see another new name added to this list before the window closes? 🤑 #avfc pic.twitter.com/dsW0FNphSN
Beliau akan kembali bersatu dengan Dean Smith yang pernah mendapatkannya dari Exeter sewaktu menjadi pengurus Brentford.
“Ollie telah berkembang menjadi salah sorang penyerang berbisa di negara ini. Kami tidak sabar untuk melihat beliau buktikan kualitinya dengna jersi Aston Villa,” ujar Smith.
Nilai perpindahan tersebut juga merupakan rekod pembelian untuk pemain Liga Kejuaraan. Jumlah £40 juta yang dibayar Manchester City untuk mendapatkan Nathan Ake dari Bournemouth tidak dikira kerana pemain tersebut tidak pernah beraksi di liga divisyen dua England tersebut.
“Saya sangat terjua dapat menyertai Aston Villa dan kembali bersatu dengan Dean Smith sebagai jurulatih. Saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa di sini dan menjaringkan sebanyak mungkin gol,” kata Watkins lagi.
Ollie Watkins: "Dean sold it to me, really. I’m looking forward to working with him and Rich [O’Kelly], they gave me a lot of confidence playing under them, hopefully they can do that again now.” 👊#WatkinsAnnounced pic.twitter.com/fwEY9gpIlM
— Aston Villa (@AVFCOfficial) September 9, 2020
Smith sebelum ini menyasarkan untuk membawa masuk Callum Wilson ke Villa Park, namun bekas penyerang Bournemouth itu telah memilih Newcastle United sebagai pasukan baharunya selepas melengkapkan perpindahan bernilai £20 juta.
Watkins dijangka akan bergandingan dengan penyerang Brazil, Wesley yang kini sedang dalam proses mendapatkan rentak terbaiknya sebaik sahaja pulih dari kecederaan lutut serius yang dialaminya pada Januari lalu.
Daripada 41 gol Aston Villa dalam saingan EPL pada musim lepas, hanya enam gol sahaja yang dijaringkan oleh penyerang.
Kredit Foto: Aston Villa
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: