Kevin De Bruyne Menang Pemain Terbaik PFA England

kevin de bruyne

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne merangkul gelaran sebagai pemain terbaik bagi PFA Players’ Player of the Year bagi tahun 2020.

Dalam anugerah yang dilakukan menerusi undian oleh kesemua pemain profesional di England, De Bruyne berjaya mengatasi beberapa nama lain terutamanya bintang-bintang Liverpool yang cukup menyerlah pada musim lalu.

Beliau menewaskan Sadio Mane, Virgil Van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan juga Jordan Henderson untuk menjadi pemain Manchester City yang pertama dalam sejarah merangkul anugerah tersebut.

Persembahan cemerlang De Bruyne pada musim lalu tidak boleh disangkal lagi apabila pemain itu berjaya merakamkan 13 jaringan serta 20 bantuan gol. Ini membuktikan yang beliau adalah pemain Manchester City paling menyerlah pada musim lalu.

Dalam pada itu, Alexander-Arnold pula merangkul anugerah pemain muda terbaik dengan menewaskan beberapa nama lain seperti James Maddison, Marcus Rashford dan Bukayo Saka.

Rashford juga tidak ketinggalan dalam menerima anugerah apabila beliau dikurniakan ganjaran khas diatas pengaruh di luar padangnya dalam membasmi isu kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak.

Bagi kesebelasan terbaik liga pula, pemain Liverpool jelas menguasai lima daripada 11 tempat yang tersedia:

  • Nick Pope (Burnley)
  • Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
  • Virgil Van Dijk (Liverpool)
  • Caglar Soyuncu (Leicester City)
  • Andrew Robertson (Liverpool)
  • David Silva (Manchester City)
  • Jordan Henderson (Liverpool)
  • Kevin De Bruyne (Manchester City)
  • Sadio Mane (Liverpool)
  • Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)
  • Jamie Vardy (Leicester City)

Baca juga artikel kami mengenai Kevin De Bruyne:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN