Aston Villa Beli Cash

Matty Cash Aston Villa

Aston Villa telah berjaya mendapatkan pemain pertahanan, Matty Cash dari kelab Liga Kejuaraan, Nottingham Forest dengan harga yang tidak didedahkan selepas tiga bidaan yang dibuat sebelum ini telah ditolak.

Bagaimanapun media British melaporkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut telah membayar sekitar £14 juta (RM77 juta) dan boleh meningkat sehingga £16 juta bersama bonus tambahan bergantung kepada pencapaian.

“Sangat teruja dapat menandatangani kontrak lima tahun di Aston Villa. Sesuatu yang telah saya impikan sejak saya kanak-kanak untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris, ianya kini mimpi menjadi kenyataan.

“Saya tak sabar untuk bertemu dengan yang lain dalam skuad ini dan bersua dengan semua orang di kelab dan juga penyokong!” kata Cash dalam akaun media sosialnya.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan pemain terbaik tahun buat Forest pada musim 2019/20 dan telah membuat lebih 120 penampilan sejak menyertai kelab tersebut pada 2014.

Beliau sebelum ini merupakan pemain sayap di bahagian serangan sebelum ditukar posisi ke pertahanan kanan. Namun perubahan tersebut ternyata lebih menyerlahkan potensinya.

“Kami berbesar hari untuk mengalu-alukan Matty ke Villa dan yakin kami telah berjaya mendapatkan salah seorang prospek muda terbaik England,” ujar pengurus Villa, Dean Smith.

“Dia mempunyai rekod permainan yang sangat baik buat seorang pemain muda dan kami percaya dia boleh menyesuaikan diri dengan muda di sini dan meneruskan perkembangannya untuk menjadi pemain pertahanan antara yang terbaik.

Untuk rekod, Sheffield United dan West Ham juga telah membuat tawaran untuk pemain berkenaan yang telah menjaringkan lapan gol daripada 41 penampilan pada musim lepas. Bagaimanapun Villa ternyata beruntung dipilih Cash untuk mengembangkan kariernya di EPL.

Perlawanan EPL pertama Villa untuk musim baharu ini adalah pada 20 September berdepan Sheffield United.

Kredit Foto: Aston Villa

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:Matt

Leave a Reply