Giliran Penyerang Kebangsaan Congo Bakal Diikat Kelantan United

Kelantan United nampaknya tidak sekadar berdiam diri, apabila beberapa usaha untuk menandatangani pemain baharu sedang giat dilakukan mereka sebelum mengharungi saingan musim 2024/2025.

Tampil dengan pelbagai kelemahan pada musim lalu, beberapa perubahan pastinya kini sedang rancak dilakukan mereka dalam usaha untuk terus memberi persaingan sengit dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Terbaharu, laporan menyatakan kelab itu berjaya mendapatkan khidmat pemain serangan kebangsaan Congo untuk memperkukuhkan jentera hadapan Kelantan United musim ini.

Laporan itu dikeluarkan sendiri melalui wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi menerusi kenyataan media sosial X milik beliau mengenai status pemain itu bersama Kelantan United.

“Kelantan United FC dikhabarkan berjaya dapatkan khidmat pemain sayap antarabangsa Congo, Chadrack Muzunguz

“Pemain berusia 26 tahun itu pernah beraksi di Liga beberapa buah negara antaranya Sepanyol, Perancis & Mesir,” jelas kenyataan itu menerusi media sosial X milik Fadhirul.

Untuk rekod, Chadrack telah pun beraksi untuk RS Berkane tahun lalu dalam saingan utama di Maghribi dengan aksi ditampilkan cukup konsisten.

Beraksi selaku pemain sayap kiri, Chadrack telah pun merekodkan 28 perlawanan secara keseluruhan bersama empat gol serta tiga bantuan jaringan bersama kelab itu.

Rekod semasa juga menyaksikan Chadrack masih lagi aktif bersama pasukan kebangsaannya iaitu Congo walaupun beliau tidak tersenarai ketika saingan Africa Nations Championship (AFCON).

Beraksi selaku pemain sayap kiri, kelebihan Chadrack pastinya terarah kepada kepantasan beliau untuk menggerakan serangan serta sangat kreatif mencipta lorongan berbahaya buat pemain serangan lain.

Kehadiran pemain ini pastinya akan menjadi aset berguna buat Kelantan United pada saingan hadapan terutama sekali melibatkan aspek kualiti individu serta pengalaman dimiliki pemain tersebut.

Selain Chadrack, Kelantan United juga dilaporkan hampir pasti untuk menandatangani pemain kebangsaan Palestin yang sebelum ini beraksi di saingan Piala Asia 2023 iaitu Oday Kharoub.

Untuk rekod, Oday merupakan salah satu pemain paling penting buat skuad kebangsaan Palestin ketika ini untuk mengetuai jentera tengah menerusi kelebihan dimilikinya.

Malah, beliau juga dibawa turun beraksi dalam kesebelasan utama untuk semua perlawanan membabitkan Palestin dalam saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Oday juga menjadi watak penting untuk membawa skuad kebangsaannya menjadi antara pasukan yang melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik pada saingan tersebut.

Sebelum itu, pemain berusia 31 tahun ini beraksi di saingan Palestinian Premier League bersama Hilal Al-Quds serta tidak pernah bermain di luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN