Matthew Steenvoorden Beri Sebab Kenapa Pilih Terengganu Musim 2024/2025

Pertahanan import terbaharu Terengganu iaitu Matthew Steenvoorden tampil memberi kenyataan mengapa beliau menjadikan Sang Penyu selaku pasukan pilihan untuk saingan musim ini.

Untuk rekod, Steenvoorden menjadi rekrut pertama buat Terengganu pada musim ini selaku status import dan ini menjadi aksi sulung beliau di Asia Tenggara.

Sebelum ini, Steenvoorden beraksi bersama Pakhtakor Tashkent pada musim lalu dalam saingan utama Uzbekistan dan bakal memulakan karier sulung beliau di benua Asia Tenggara.

Rekod lalu menyaksikan Steenvoorden memulakan karier beliau bersama Feyenoord di Belanda sebelum mewakili Excelsior serta Dordrecht selaku status pinjaman di negara tersebut.

Pemain berusia 31 tahun itu memulakan karier beliau buat pertama kali di Asia pada tahun lalu bersama Pakhtakor Tashkent dan seterusnya bakal memperkuatkan Terengganu pada saingan hadapan.

Untuk pasukan kebangsaan, Steenvoorden pernah mewakili Belanda B-19 sebanyak lapan kali dan berjaya merekodkan satu jaringan secara keseluruhannya dengan kali terakhir beraksi pada tahun 2012 sewaktu menentang Perancis.

Selain Steenvoorden, setakat ini Terengganu turut mempunyai seorang pertahanan import yang dilaporkan menanti masa untuk menjadi pemain naturalisasi seterusnya iaitu Argzim Redzovic.

Malah, secara keseluruhan Sang Penyu memiliki rantaian pemain pertahanan tempatan berkualiti untuk dipertaruhkan seperti Shahrul Nizam Ros Hasni, Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan, dan beberapa tongak lagi.

Jelas pemain tersebut, beliau memilih Terengganu selaku destinasi terbaharunya kerana ingin merasai pengalaman sulung beraksi di saingan Asia Tenggara selain faktor Tomislav Steinbruckner sendiri selaku pengendali Sang Penyu.

“Faktor saya memilih TFC kerana ingin merasai pengalaman beraksi di pentas Asean selain menyahut tawaran daripada ketua jurulatih, Tommy.

“Impian saya sudah pasti mahu meletakkan pencapaian pasukan TFC ini lebih baik berbanding musim lalu, harap ianya menjadi kenyataan lebih-lebih lagi skuad ini bukannya calang-calang pasukan sebagaimana dibuktikan ketika beraksi di pentas Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) tahun lalu,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Steenvoorden mengakui beliau tidak berdepan begitu banyak masalah untuk menyesuaikan diri secepat mungkin bersama rakan sepasukan lain di atas padang.

“Bagi saya bukannya masalah besar untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak di rantau Asia Tenggara ini biarpun bakal membuat penampilan kali pertama bersama TFC.

“Lagipun saya fikir bola sepak di sini (Liga Malaysia) adalah sama dengan saingan liga yang lain, tiada bezanya, jadi saya tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan.

“Cuma ianya berkaitan kualiti, jika anda pemain yang bagus sudah pasti anda akan beraksi bagus dan begitulah sebaliknya,” jelas beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN