Giliran Fagiano Okayama Menguji Kemampuan Hadi Fayyadh

Penyerang utama skuad bawah 19 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak sekali lagi bakal berangkat ke Jepun apabila ditawarkan untuk menjalani sesi latihan bersama skuad senior kelab divisyen 2 Jepun, Fagiano Okayama.

Menurut laporan daripada Berita Harian, beliau akan menyertai kelab yang berpengkalan di Okayama itu selama 5 hari bermula 19 hingga 23 September ini.

Sesi latihan tersebut diaturkan oleh Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada yang mengesahkan pihak Fagiano Okayama sudah pun menghantar surat rasmi bagi mempelawa Hadi untuk menjalani latihan bersama skuad senior mereka.

“Saya akan membawa Hadi ke Jepun minggu depan bagi menjalani latihan bersama Fagiano Okayama dan selaku penaja pasukan bola sepak Malaysia, Yakult (M) akan membantu Hadi dalam menjalani latihan di sana.

“Besarlah harapan saya dia diterima oleh mana-mana pasukan di Jepun untuk perkembangan kariernya yang mana ia akan menyumbang kepada kemajuan bola sepak negara ini.

“Secara peribadi, saya harap Hadi dapat menunjukkan prestasi baik dalam sesi latihan bersama skuad senior Fagiano Okayama supaya mendapat tempat dalam kelab itu nanti,” katanya.

Aksi Hadi fayyadh ketika beraksi dalam saingan kelayakan AFC B-19.

Hadi yang kini berstatus ‘free agent’ selepas ditamatkan kontrak oleh kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)  sebelum ini menjalani ujian pemilihan dengan kelab Roasso Kumamoto. Namun begitu, kelab tersebut masih belum memberikan keputusan rasmi mengenai status ujian itu.

“Saya menerima maklum balas positif dari mereka apabila mereka memuji prestasi dan persembahan yang ditunjukkan Hadi sepanjang bersama mereka sebelum ini.

“Namun, mereka masih belum dapat memberikan apa-apa keputusan berhubung perkara itu memandangkan mereka sedang fokus bagi mengekalkan kedudukan dalam saingan J2,” katanya.

Fagiano Okayama kini menghuni kedudukan ke 9 daripada 22 pasukan dalam saingan Liga J2 Jepun. Sekiranya Hadi terpilih untuk menyertai kelab tersebut, beliau akan didaftarkan sebagai pemain tempatan dan bukan sebagai pemain import.

Barisan pemain Fagiano Okayama.

Ini adalah kerana J.League telah mengiktiraf pemain-pemain dari negara-negara yang mempunyai kerjasama 2 hala – J.League Nations Partner, tidak akan didaftarkan sebagai pemain import. Malaysia merupakan sebahagian daripada negara J.League Nations Partner.

Walaupun kini bergelar pemain yang tidak mempunyai pasukan ketika kejohanan bawah 19 tahun hanya berbaki sebulan, barisan kejurulatihan skuad B-19 sedang mengaturkan sesi latihan khusus untuk Hadi serta rakan sepasukan yang lain bagi meningkatkan tahap kecergasan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN