Hatrik Hazard Bantu Chelsea Kekal Permulaan Sempurna Dan Berada Di Puncak Liga

Eden Hazard meledak hatrik kedua beliau bersama Chelsea dalam karier. Kali ini beliau membantu Chelsea untuk menang 4-1 ke atas Cardiff.

Walaubagaimanapun, Sol Bamba terlebih dahulu meletakkan Cardiff di hadapan seawal minit ke-15. Chelsea terus berusaha keras untuk menyamakan kedudukan.

Kesabaran Chelsea dan usaha keras mereka terbalas. Gandingan Giroud Hazard membantu Chelsea menjaringkan 2 gol selepas itu.

Giruoud 2 kali mencipta gol untuk Eden Hazard.

Bersambung babak kedua, Hazard melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-80 menerusi sepakan penalti selepas Willian dijatuhkan.

Tidak lama kemudian, Willian menyempurnakan gol ke-4 Chelsea menerusi percubaan dari luar kotak penalti yang cantik.

Kemenangan ini membolehkan Chelsea kekal memulakan musim ini dengan sempurna di bawah kendalian Maurizio Sarri.

Mereka turut berkongsi mata dengan Liverpool selepas 5 perlawanan setakat ini. Chelsea berada di puncak liga dengan kelebihan perbezaan jaringan yang mereka miliki.

Maurizio Sarri kini menjadi pengurus ke-4 dalam sejarah EPL menang dalam 5 perlawanan pertama.

Sebagai tambahan Eden Hazard kini sudah menjaringkan 5 gol. Pendahulu senarai penjaring ketika artikel ini diterbitkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN