Gianluigi Buffon Umum Persaraan Akhir Musim Ini Kecuali Juventus Menang UCL

Penjaga gol legenda, Gianluigi Buffon umum persaraa beliau daripada bola sepak. Beliau memberitahu Sky Spots Itali bahawa beliau akan bersara pada akir musim ini.

Ianya berita yang agak menyedihkan semua. Namun semua orang pastinya faham di sebalik keputusan itu. Buffon sudah pun berusia 39 tahun.

Pada musim lalu, Buffon sudah memberikan bayangan bahawa beliau mungkin sudah menghampiri persaraan beliau.

Ini selepas Buffon melihat peningkatan mendadak pada Gianluigi Donnarumma dan adanya penjaga gol seperti Wojciech Szczesny yang menyertai Juventus. Semalam beliau berkata:

“Tidak ada ruang untuk saya mengubah fikiran saya kerana saya cukup yakin dengan keputusan ini.”

“Ini musim terakhir saya dan saya sangat pasti dengan keputusan yang saya tela buat. 1 atau 2 tahun lagi tidak akan menambah mahupun mengurangkan apa yang saya telah capai.”

Namun begitu, Buffon mungkin akan kekal untuk semusim lagi jika Juventus memenangi UCL pada musim ini. Ini kerana beliau mengimpikan untuk beraksi dalam Piala Kelab Dunia.

Dalam karier Buffon, beliau sudah tewas dalam 3 perlawanan final UCL. Menjadikan ia satu-satunya kejohanan idaman beliau.

“Hanya satu cara saya akan kekal iaitu jika Juventus menang UCL. Jika itu berlaku, saya mahu cuba memenangi Piala Kelab Dunia. Dan Wojciech Szczesny akan bermain dalam perlawanan yang lain.:

“Dengan adanya penjaga gol seperti Szczesny ada di belakang saya, ianya perkara yang normal untuk saya mengundurkan diri pada musim hadapan.”

Buffon yang memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik Dunia gembira dengan pencapaian beliau.

“Saya rasa, musim lalu adalah musim luar biasa untuk saya dan pasukan. Tetapi masih tak cukup untuk memenangi UCL dan saya berharap musim ini, akan lebih baik untuk Juventus dan Itali.”

“Saya ingin menamatkan karier saya dengan kejayaan. 12 tahun lalu saya sudah menang Piala Dunia, kemudiannya saya sudah merasai 3 kekalahan final UCL.”

Sumber

Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-5013795/Gigo-Buffon-Juve-win-Champions-League-ll-retire.html#ixzz4wSYHxwgd

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN