Pernah Beli 25 Pemain Dalam 2 Musim, Hari Ini FFP Denda QPR £40 Juta

Queens Park Rangers (QPR) telah diarahkan untuk membayar denda £40 juta selepas berberapa tahun melanggar Financial Fair Play (FFP) terutama sekali pada perlawanan final untuk promosi ke EPL pada 2014.

Ia adalah rekod denda paling besar dikenakan oleh UEFA buat masa ini ke atas kelab, sejak FFP diperkenalkan. Ia juga denda terbesar dalam sejarah sukan dunia.

Memecahkan angka denda yang dikenakan ke atas McLaren (Formula 1) berjumlah £32 juta pada 2007.

QPR sudah dimaklumkan perintah ini pada minggu lalu. Mereka mengesahkan mereka faham akan hal itu pada Selasa.

Mereka kecewa dengan hukuman ini dan cuba membuat rayuan di mahkamah timbang tara sukan.

QPR dituduh gagal menepati regulasi FFP dan menipu dalam kempen promosi mereka pada 2014. Kes ini sudah pun dibangkitkan sejak 2015 yang lalu.

Berita ini juga mungkin akan memberikan impak juga kepada Leicester dan Bournemouth yang kini dalam siasatan untuk kes yang sama ketika masing masing memenangi promosi ke EPL pada 2014 dan 2015.

CEO EFL, Shaun Harvey menyatakan mereka tidak akan berkompromi untuk hal yang berkaitan FFP dan menggesa agar semua kelab di bawah EFL menepati piawaian yang ditetapkan oleh FFP.

Laporan oleh audit EFL mendapati, pemilik kelab, Tony Fernandes dan rakan kongsi beliau telah menukar/menghapuskan butiran pijaman/hutang bernilai £60m kepada butiran ‘item lain-lain/berkecuali’.

3 tahun yang lalu Manchester City dan PSG pernah didenda oleh FFP atas kesalahan melanggar regulasi FFP.

Manchester City didenda £49 juta namun denda tersebut dikembalikan semula £33 juta selepas menyelesaikan beberapa isu FFP. Ini bermakna City hanya didenda £16 juta.

Badan Premier League dan Football League telah mengenakan peraturan ke atas kelab mereka berdasarkan FFP sejak 2012 lagi. Ketika itu, banyak liga tidak melakukannya dan hanya dilakukan di peringkat kejohanan Eropah.

Namun selepas itu, kesemua liga di Eropah wajib mengikuti peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh FFP.

QPR berterusan berbelanja melebihi pendapatan mereka pada setiap musim dan mengalami kerugian sekitar £8 juta sehingga £18 juta. Football League menetapkan had kerugian maksima untuk kelab Champioship adalah £8 juta.

Namun selepas beberapa perdebatan tentang jurang kualiti di antara EPL dan pasukan Championship terutam sekali untuk pasukan yang memenangi promosi ke EPL, pihak EFL memberikan kelonggaran untuk kelab Championship.

Mereka masih boleh berhutang maksimum £39 juta dalam 3 tahun, walaupun mereka bermain di EPL dalam tempoh tersebut.

Impak paling besar adalah apabila QPR tersingkir ke Championship pada akhir musim 2013/14 selepas berbelanja besar mendapatkan pemain-pemain bintang seperti Andrew Johnson, Julio Cesar, Samba Diakite, Robert Green, Stephane Mbia, Park Ji-Sung, Esteban Granero, Junior Hoilett, Jose Bosingwa, Ryan Nelsen, Christopher Samba, Loic Remy, Yun Suk-Young, Jermaine Jenas dan Tal Ben Haim.

Dalam masa 2 musim, QPR ketika itu menandatangani 25 orang pemain!

Namun selepas menang promosi ke EPL pada tahun berikutnya, mereka mengurangkan angka kerugian kepada hanya £9.8 juta.

Ini adalah graf laporan kewangan QPR yang menunjukkan hanya 2 musim sahaja mereka ada keuntungan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN