Gianluca Vialli Sahkan Sudah Pulih Sepenuhnya Daripada Kanser

Gianluca Vialli

Bekas pemain dan pengurus Chelsea, Gianluca Vialli yang sebelum ini dilaporkan menghidap kanser pankreas mendedahkan bahawa beliau kini sudah pulih sepenuhnya selepas 17 bulan berjuang ‘menewaskan’ penyakit tersebut.

Menurut sumber Goal, Vialli yang kini berusia 55 tahun mengatakan tiada lagi tanda-tanda penyakit itu dalam dirinya selepas beliau menjalani dua kitaran rawatan kimoterapi berasingan.

Meskipun merasakan kesulitan dihadapinya itu sebagai satu detik sukar dalam hidupnya, Vialli menjelaskan beliau masih beruntung jika ingin dibandingkan dengan pesakit yang menderita disebabkan COVID-19.

”Saya baik-baik sahaja pada ketika ini. Pada Disember lalu, saya telah menamatkan rawatan kimoterapi selama 17 bulan, satu kitaran selama lapan bulan dan satu lagi dalam masa sembilan bulan.”

”Ia memang sangat menyukarkan, walaupun bagi seorang yang kuat seperti saya, [mengganggu] kedua-dua fizikal dan mental.”

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 30: Fans hold up a banner in support for former Chelsea coach Gianluca Vialli (not pictured) during the Carabao Cup Round of 16 match between Chelsea and Manchester United at Stamford Bridge on October 30, 2019 in London, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Ujian telah menunjukkan tiada tanda-tanda penyakit itu lagi. Saya sangat gembira, memastikan diri saya kembali sihat,” ujar bekas pemain kelahiran Itali itu.

”Kembali sihat bermakna seperti saya melihat diri saya di cermin, melihat rambut kembali tumbuk, tidak perlu melakar bulu kening menggunakan pensel. Dalam hal tersebut, saya berasa sangat beruntung jika hendak dibandingkan dengan orang lain.”

”Saya merasakan bagi orang-orang yang dibawa ke hospital dan terpaksa meninggal dunia sendiria, tiada ahli keluarga yang dibenarkan mendekati, pengkebumian yang tidak boleh dihadiri ramai orang. Ianya mengerikan.”

”Krisis ini [COVID-19] akan meninggalkan parut yang sangat besar di negara ini [Itali], secara emosi, moral dan juga ekonomi.”

Ketika bergelar pemain dan pengurus Chelsea, Gianluca Vialli telah menikmati beberapa kejuaraan bersama The Blues apabila menjulang UEFA Cup Winners’ Cup dan Piala Liga musim 1997/98 serta Piala FA sebanyak kali (1996/97 dan 1999/00).

Kredit featured image: Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images

Baca artikel dari kami yang lain mengenai COVID-19:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN