Luca Kilian Kongsikan Pengalaman Ngeri Dijangkiti COVID-19

Pemain pertahanan Paderborn, Luca Kilian menjadi pemain Bundesliga pertama yang disahkan positif dijangkiti wabak coronavirus (COVID-19) dan beliau berkongsi ketakutannya ketika mendapat penyakit tersebut.

Pemain skuad Jerman bawah 21 tahun (B-21) itu telah terlepas tujuh perlawanan sejak ditimpa kecederaan otot pada hujung Januari lalu.

“Ia bermula pada 10 Mac lepas dengan sedikit rasa perit di bahagian tekak saya. Sehari selepas itu, saya mula sakit kepala tetapi saya masih terus menjalani latihan,” katanya kepada akhbar Westfalen-Blatt.

“Pada 12 Mac, badan saya mula menjadi panas dan sehari selepas itu ianya semakin teruk. Demam panas dan menggigil. Saya sudah mula rasa amat risau dan tidak pernah merasa takut seperti itu.

“Ia mengambil masa empat hari sebelum demam saya semakin surut dan saya rasa semakin baik hari demi hari,” tambahnya lagi.

Kilian menyertai pendatang baharu Bundesliga itu dari Borussia Dortmund pada awal musim ini. Sepanjang tempoh untuk sembuh, beliau pulang ke rumah keluarganya dan dijaga sendiri oleh ibu dan seorang jururawat.

“Jika saya tinggal seorang di Paderborn, saya mungkin perlu duduk di hospital.

https://twitter.com/BVB09BALKAN/status/1242117506535473166?s=20

“Sekarang saya boleh kongsikan pengalaman itu. Saya seorang ahli sukan yang aktif dan cergas, tetapi saya pun bergelut dan perlu bekerja keras untuk melawan virus tersebut. Untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan, sudah tentu nyawa mereka dalam bahaya.”

Sehingga kini, 18,860 kes positif telah dicatatkan di Jerman dengan 55 kematian dan Cancelor, Angela Merkel juga kini sedang dikuarantin selepas menemui seorang doktor yang disahkan positif COVID-19.

Merkel sebelum ini telah mengumumkan larangan untuk semua orang berkumpul di tempat awam bagi mengawal wabak tersebut dari terus merebak di negara itu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai COVID-19:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN