Ghaddar Terpilih Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana Bagi Bulan April

Penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar telah pun terpilih untuk menjadi pemenang Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my bagi Liga Super.

Beliau memenangi anugerah tersebut bagi bulan April.

Hasil persembahan yang cukup memukau oleh penyerang Lubnan ini telah memberikan sebab mengapa beliau adalah calon terbaik untuk memenangi anugerah ini.

Beliau menewaskan 4 lagi pesaing lain untuk memperoleh anugerah ini.

4 calon tersebut adalah Safiq Rahim (JDT), Hafiz Kamal (Perak), Norhakim Hassan (T-Team) dan juga Matheus Alves (Pahang).

Peratusan yang diterima Ghaddar cukup tinggi dari segi undian. Berikut merupakan pecahan undi dan undian bagi kesemua 5 pemain ini:

  • Mohammed Ghaddar (Kelantan) – 55.45% (6560 undian)
  • Safiq Rahim (JDT) – 32.25% (3815 undian)
  • Hafiz Kamal (Perak) – 50.6% (599 undian)
  • Matheus Alves (Pahang) – 3.77% (446 undian)
  • Norhakim Hassan (T-Team) – 3.47% (410 undian)

Persembahan Ghaddar di bulan April yang menarik perhatian adalah apabila beliau menyumbat 4 gol ketika menentang Pulau Pinang di Batu Kawan.

Kelantan player Mohamad Ghaddar celebrate goal during Malaysia Super League between Pulau Pinang vs Kelantan on 15 April 2017 at Stadium Batu Kawan Pualau Pinang. Photo by Mohd Zureehan Zakaria/www.asiana.my

Persembahan cemerlang Ghaddar juga telah terus menghidupkan cabaran pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super serta beliau juga kini sedang memimpin carta penjaring terbanyak Liga Super ketika ini.

Kami di Semuanya BOLA ingin mengucapkan tahniah dan semoga terus cemerlang buat Mohammed Ghaddar!

Baca juga: Bojak Hodak: “Kedah Bakal Dapat Banyak Manfaat Jika Marcote Sertai Mereka”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN