Bojan Hodak: “Kedah Bakal Dapat Banyak Manfaat Jika Marcote Sertai Mereka”

Pasukan Kedah akan memperoleh banyak manfaat andainya Ramon Marcote menjadi jurulatih baharu mereka.

Hal ini kerana, beliau yang sebelum ini merupakan jurulatih kecergasan bakal memastikan tahap kecergasaan pemain-pemain Kedah berada dalam tahap terbaik.

Menurut bekas jurulatih Kelantan dan JDT iaitu Bojan Hodak, andai Marcote terpilih sebagai jurulatih baharu Kedah pastinya beliau akan mewujudkan Jabatan Metodologi yang bakal memberi manfaat kepada Kedah.

Bercakap kepada MStar, Hodak berkata yang Jabatan Metodologi merupakan sebuah jabatan yang mampu merencana pelan untuk latihan kecergasan untuk sesebuah pasukan.

Lazimnya ia dimiliki oleh pasukan-pasukan utama dan bekas pasukan Marcote iaitu Atletico Madrid turut mempunyai jabatan ini.

Jabatan ini boleh membantu pemain yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan dan pulih lebih pantas walaupun pemain tersebut mengalami kecederaan serius.

Menurut Hodak lagi, setakat ini hanya JDT sahaja pasukan yang mempunyai jabatan ini.

“JDT mempunyai beberapa individu yang pakar dalam aspek kecergasan, jadi saya rasa mereka boleh gelar ia sebagai Jabatan Metodologi.”

Marcote merupakan calon utama pengganti Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih Kedah. Selain itu, Radhi Mat Din dan jurulatih sementara ketika ini iaitu Nidzam Adha dikatakan calon pengganti Cheng Hoe.

Baca juga: Brendan Rodgers Dan Celtic Dominasi Anugerah PFA Scotland 2016/2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN