Kiraan Detik 100 Hari Ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Bermula

Kiraan detik 100 hari menjelang Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017 – KL2017) disambut dengan meriah di KL Sentral pagi tadi.

Turun untuk merasmikan acara tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan (KBS), Dato’ Lokman Hakim bin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC, Dato’ Seri Zolkples Embong.

Dalam acara pagi tadi, Khairy yang tiba di KL Sentral dari Stesen LRT Bangsar dengan menaiki bas dua tingkat bersama 10 atlet Sukan SEA, 10 orang atlet Sukan Para ASEAN serta 100 orang sukarelawan.

Bas tersebut disediakan oleh penaja Sukan SEA KL2017, iaitu Prasarana Malaysia Berhad. Prasarana bakal bertindak sebagai ‘Rakan Rasmi Penyedia Pengangkutan Awam’ bagi Sukan SEA KL2017.

Prasarana bakal menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma kepada para sukarelawan Sukan SEA 2017 dan pihak media sepanjang tempoh temasya berlangsung.

Satu lagi penaja yang diperkenalkan pagi tadi adalah Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB). Difahamkan MRCB telah menaja lokasi pelancaran hari ini, KL Sentral.

Selain itu, mereka turut akan menaja ambient media installation sepanjang temasya berlangsung sebagai usaha promosi Sukan SEA KL2017.

Penaja Perak Sukan SEA KL2017, 100Plus turut mengambil peluang untuk memperkenalkan minuman isotonik tanpa gas, 100PLUS Active. Minuman ini dikeluarkan sempena Sukan SEA KL2017.

Dato’ Ramli MS dan Dayang Nurfaizah perlukan bantuan anda!

Untuk menggalakkan rasa minat orang ramai terhadap Sukan SEA KL2017, pihak penganjur mengajak anda untuk menulis lirik lagu tema Sukan SEA KL2017.

Lagu tema tersebut akan digubah oleh Dato’ Ramli MS dan dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah.

Orang ramai boleh menghantar idea mereka dalam bentuk perkataan, bait-bait ayat atau pantun yang berkisarkan tentang tema Sukan SEA KL2017 iaitu Bangkit Bersama.

Penghantaran idea perlulah dilakukan melalui platform media sosial Sukan SEA KL2017 iaitu:

Facebook (@kualalumpur2017)
Twitter (@KL2017)
Instagram (@kualalumpur2017)

Setiap penghantaran idea perlulah disertai dengan hashtag #LaguKL2017.

Tempoh penghantaran dibuka untuk 4 minggu bermula hari ini, 9 Mei 2017. Dato’ Ramli MS dan pasukannya akan memilih perkataan atau ayat yang sesuai untuk dijadikan inspirasi lirik lagu tema Sukan SEA KL2017.

Bola sepak Sukan SEA KL2017 bakal rasmi SNBJ

Acara bola sepak Sukan SEA KL2017 bakal diadakan di 3 stadium – Stadium Selayang, Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru dinaik taraf.

Kesemua 11 negara ASEAN telah mengesahkan penyertaan mereka dalam acara ini. Bola sepak lelaki akan menyaksikan pertempuran skuad bawah-23 dengan maksimum 3 pemain lebih umur. Thailand merupakan pilihan utama untuk memenangi pingat emas.

Bola sepak wanita pula tiada had umur pemain. Sekali lagi Thailand, yang berada di ranking ke-29 dunia dalam bola sepak wanita, merupakan pilihan utama untuk menggondol pingat emas.

Bagi skuad Malaysia, Datuk Ong Kim Swee bakal ditugaskan sebagai pengendali. Ini bukanlah tugas asing buat Kim Swee selepas pernah menghadiahkan pingat emas semasa edisi Sukan SEA 2011 di Palembang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN