Gerrard & Lampard Bakal Sertai England’s Football Hall of Fame September Ini

Duo bola sepak England iaitu Steven Gerrard dan juga Frank Lampard bakal menyertai Dewan Kemasyhuran Bola Sepak England atau National Football Museum Hall of Fame tak lama lagi.

Mereka akan diperkenalkan dalam sebuah acara yang bakal diadakan pada bulan September.

Gerrard dan Lampard nyata merupakan watak utama dalam bola sepak England sewaktu mereka bermain untuk Liverpool dan juga Chelsea.

Gerrard menjadi lagenda dan ikon bagi kelab Mersyeside itu sementara Lampard mencipta sejarah apabila menjadi pemain tengah paling berjaya merobek gawang gol dalam sejarah Chelsea.

Kejayaan duo ini menyertai National Football Museum Hall of Fame ini cukup bermakna berdasarkan hasil rekod baik yang mereka berjaya peroleh dalam karier profesional mereka.

Bakal diperkenalkan secara rasmi pada September, Gerrard & Lampard dipilih selepas ahli sedia ada bagi dewan kemasyhuran itu bersetuju untuk memasukkan nama mereka ke dalam senarai pemain terhebat bola sepak England.

Mereka adalah seperti Sir Bobby Robson, Kevin Keegan, Bryan Robson, Trevor Francis dan ramai lagi.

Selain Gerrard dan Lampard, satu lagi nama besar yang bakal menyertai dewan kemasyhuran ini ialah Gary Speed yang merupakan lagenda bola sepak Wales.

Selain daripada mereka, berikut adalah nama-nama individu lain yang bakal sertai National Football Museum Hall of Fame:

  • Bob Wilson (bekas penjaga gol Arsenal)
  • Billy Bonds (bekas pemain dan pengurus West Ham United)
  • Kelly Smith (penjaring terbanyak bola sepak wanita England)
  • Rachel Yankey (pemain bola sepak England dengan 129 penampilan untuk negaranya)
  • Alistair Patrick-Heselton (pemain bola sepak Paralimpik England)
  • Charlie Roberts (bekas pemain Manchester United)

Tahniah buat Gerrard dan Lampard, sememangnya lagenda!

Baca juga: Annuar Musa: “Memotong Mata Liga Cuma Lebih Bersifat Ugutan”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN