Quantcast
Annuar Musa: "Memotong Mata Liga Cuma Lebih Bersifat Ugutan"


LIGA MALAYSIA

Annuar Musa: "Memotong Mata Liga Cuma Lebih Bersifat Ugutan"

Friday, 21 Apr 2017

Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa kesal terhadap FMLLP dan juga FAM mengenai isu hukuman potongan mata liga.

Terdahulu, FMLLP bertindak mahu memotong mata liga kepada pasukan yang tidak melangsaikan hutang gaji pemain mereka yang tertunggak.

Beliau merasakan tindakan tersebut lebih kepada “mengugut pasukan dan tidak membantu apa-apa.”

Tiada guna

Menerusi laman Facebooknya, beliau meluahkan kekesalan beliau mengenai perkara tersebut.


Baginya, pihak FMLLP perlu lebih bijak sana dalam menguruskan hal sebegini.

Saya mengharapkan FMLLP era terkini lebih bijaksana dalam mengendalikan liga.”

Mereka harus arif soal selok-belok kendalian pasukan dan Liga Malaysia. Mereka harus memahami isu sebenar yang dihadapi pasukan ketika ini.”

Bagi beliau, pasukan di Liga Malaysia menjadi nyawa kepada FAM.

Mereka harus faham pasukan yang menyertai liga memberi nyawa kepada FAM tapi mereka sendiri ‘bernyawa ikan’.”


Kemaruk menghukum

Kata Annuar lagi, FMLLP dan FAM hari ini “lebih kemaruk dalam menghukum” pasukan Liga Malaysia.

Beliau yang merasakan hukuman pemotongan mata adalah lebih kepada ugutan dan tidak ia tidak akan membantu pasukan.

Annuar juga mengatakan yang pasukan Liga Malaysia hanya menjadi ‘tunggangan’ untuk menyenangkan FMLLP dan juga FAM.

“Jika kita hanya menjadi tunggangan utk menyenangkan FMLLP dan FAM yang berbelanja besar maka lebih baik kita tidak menyertai langsung pertandingan.”


Kata beliau juga yang pasukan terpaksa mengerah segala sumber untuk mendapatkan wang untuk memastikan pasukan terus beroperasi dengan baik.

“Pasukan terpaksa menagih wang tajaan termasuk dari anak syarikat agensi kerajaan kerana iainya tidak berdaya maju kerana ianya tidak berdaya maju.”

“Berbelanja minima dari RM15 juta hingga ke puluhan juta untuk memenangi kejuaraan yang tidak sampai RM2 juta pun nilainya. Harga tiket pun RM10-15 apalah sangat kutipannya.”

Bagi beliau punca sebenar perlu dicari berbanding menghukum pasukan.

“Tiada siapa yang mahu terlibat dalam hutang atau tak bayar gaji. Ada faktor besar yang lambat laun bakal menimpa semua pasukan jika punca sebenar tak dicari!”

Baca juga: JDT, Kelantan Bakal Dihukum Atas Kesalahan Membabitkan Penyokong

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Annuar Musa: "Memotong Mata Liga Cuma Lebih Bersifat Ugutan"



Berita Bola Yang Menarik