Gerrard: England Perlukan Pengurus Yang Lebih Besar Dari Pasukan

Gerrard England

Legenda Liverpool, Steven Gerrard berpendapat bahawa skuad kebangsaan England memerlukan seorang pengurus dengan pakej status dan keperibadian yang sesuai buat para pemainnya.

Dalam tempoh 22 tahun, England yang dibarisi pemain-pemain terkenal dunia hanya mampu melayakkan diri ke peringkat separuh sebanyak dua kali iaitu dalam saingan Euro 1996 dan Piala Dunia 2018.

Selain daripada itu, mereka tidak pernah meloloskan diri ke peringkat empat pasukan terbaik dan dikatakan tekanan daripada penyokong dan media menyaksikan perjalanan England seringkali terhenti di suku akhir.

Pengurus berpengalaman luas seperti Fabio Capello dan Sven-Goran Eriksson juga masih tidak mampu untuk memacu kecemerlangan England walaupun dibarisi pemain hebat seperti David Beckham, Wayne Rooney, Frank Lampard, Steven Gerrard dan ramai lagi.

”Saya melihat kembali skuad England dengan penuh rasa penyesalan. Saya melihat gambar pasukan dan kami mempunyai sekumpulan pemain yang cukup hebat selama ini.”

”Kami memerlukan pengurus yang lebih besar daripada semua pemain individu itu. Ada pengurus yang layak, sebagai contoh Rafa Benitez, tetapi dia mungkin tidak berminat untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan pada ketika itu.”

”Saya melihat beberapa pengurus yang lebih besar daripada pasukan, mereka ialah Klopp, Mourinho dan Guardiola.”

”Saya merasakan seseorang seperti mereka ini lebih besar daripada generasi emas di mana bersedia untuk membuat keputusan sukar yang akan mendapat lebih [manfaat] daripada kumpulan pemain tersebut, pada pendapat saya,” ujar Gerrard menurut laporan Goal.

Skuad kebangsaan England ketika ini dibimbing Gareth Southgate dan tiada ura-ura kedengaran bahawa pengendali kelahiran Watford itu bakal digantikan.

Kredit featured image: Mike Hewitt/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Steven Gerrard:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN