Gergasi Merah Intai Khidmat Pemain Tengah Dari Brazil

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan skuad itu sedang mengintai khidmat pemain tengah dari Brazil, Endrick Dos Santoi bagi mengisi kuota pemain import untuk saingan musim baru Liga Malaysia.

Menurut Johan, pemain yang berusia 23 tahun itu beraksi dengan pasukan FELCRA FC musim ini merupakan antara tunjang utama kejayaan skuad the rivals sehingga menjadi naib juara Liga Premier 2018.

“Endrick seorang pemain yang baik. Dia antara calon yang dimahukan ketua jurulatih, B. Sathianathan.

“Segala butiran tentang pengambilan pemain itu masih dalam perbincangan.

“Namun, dia akan menjalani beberapa sesi ujian bersama skuad utama kami,” katanya dalam Stadium Astro

Endrick Dos Santos beraksi dengan FELCRA FC musim ini. FOTO: FELCRA FC

Kehadiran pemain itu akan menguatkan jentera tengah skuad Selangor musim depan selepas mereka tidak melanjutkan kontrak dua pemain dari Indonesia, Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas.

Setakat ini mereka hanya mengekalkan khidmat penjaring terbanyak Liga Super iaitu Rufino Segovia. Meskipun sangat berbisa di depan pintu gol, Segovia masih kurang mendapat sokongan daripada jentera tengah musim ini.

“Mengekalkan Rufinho merupakan kejayaan besar buat kami kerana pemain itu merupakan penjaring terbanyak tahun ini.

“Banyak pasukan mahukan khidmatnya, namun dia tetap setia bersama kami,” tambahnya.

Beberapa calon pemain import kelihatan menjalani latihan bersama skuad Selangor dan mereka mempunyai kualiti tersendiri, namun bagi pengendali skuad itu, B Satiananthan menjelaskan mereka lebih mengutamakan keserasian antara pemain.

“Bagaimana mereka boleh bermain dengan pasukan ini, itu yang penting. Saya masih ingat Tony Cottee heboh diperkatakan apabila menyertai Selangor tetapi akhirnya tidak menjaringkan gol. Sebaliknya, apabila pulang ke England, dia muncul penjaring terbanyak.

“Jadi, tidak semestinya pemain yang bagus boleh mendapatkan kesinambungan dalam pasukan dengan mudah. Kami perlu tahu mungkin mereka bagus dengan pemain mereka,” kata Sathianathan.

Skuad Selangor bakal mengadakan beberapa aksi persahabatan bermula hujung bulan ini bagi menguji calon pemain import, antaranya menentang PKNP FC dan Kuala Lumpur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN