adidas Malaysia Umum Kontrak Penajaan Dengan Wan Kuzain Selama Setahun

adidas Malaysia mengumumkan kontrak penajaan selama setahun dengan pemain tengah Swope Park Rangers, Wan Kuzain Wan Kamal.

Ketua Pemasaran adidas Malaysia, Cheng Yik Hoong yang jelas gembira dengan kerjasama dengan pemain muda berdarah Malaysia berbakat ini berkata, “Kami gembira disertai oleh Kuzain. Pencapaian dan semangat beliau boleh memberi inspirasi kepada pemain muda di Malaysia.”

“Bola sepak sememangnya sukan nombor satu di Malaysia dan kami berharap dapat menyokong pemain-pemain muda di peringkat akar umbi,” tambah beliau.

Kontrak penajaan ini membolehkan Kuzain mendapat akses kepada produk bola sepak terkini daripada adidas. Syarikat barangan sukan itu berharap ia dapat membantu karier Wan Kuzain di atas padang dan membekalkan pengalaman bola sepak yang lebih menyeluruh.

Wan Kuzain ketika ditemui dalam sesi ramah mesra di Football Repulic Sunway Pyramid jelas gembira dengan tawaran penajaan ini.

Wan Kuzain bergambar dengan peserta sesi ramah mesra di Football Republic, Sunway Pyramid.

Beliau kemudiannya turut menyertai klinik bola sepak di The New Camp, Bandar Utama untuk memberi tunjuk ajar kepada 36 pemain-pemain muda tentang kepentingan menggunakan produk bola sepak dengan betul, memberi demonstrasi gerakan latihan profesional dan motivasi kepada peserta-peserta.

“Bola sepak adalah sukan yang memerlukan semangat dan dedikasi yang kuat. Saya rasa terharu dapat berkongsi pengalaman dengan pemain-pemain muda di Malaysia dan berharap aktiviti ini dapat menaikkan semangat dan memberi inspirasi kepada mereka. Harapnya ia dapat menggalakkan mereka untuk mencapai kecemerlangan di bidang sukan, akademik dan juga kehidupan seharian mereka,” kata Kuzain.

Wan Kuzain berkongsi tips kepada peserta-peserta klinik bola sepak di The New Camp, Bandar Utama.

Wan Kuzain Wan Kamal pertama kali mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas video-video aksi lincah dan berskil beliau ketika kecil dimuatnaik oleh keluarga beliau di YouTube sehingga mendapat jolokan ‘Messi Malaysia’. Beliau kini sedang bermain di Swope Park Rangers di liga divisyen 2 Amerika Syarikat, USL Championship.

Swope Park Rangers merupakan kelab feeder untuk Sporting Kansas City yang bermain di liga utama Amerika Syarikat, Major League Soccer.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN