Nemanja Matic: “Manchester United Telah Berubah Selepas Mourinho Pergi”

Manchester United kembali bangkit dari ‘mimpi buruk’ dibawah kendalian Jose Mourinho sebelum ini.

Mereka berjaya mengharungi dua perlawanan dengan memperolehi kemenangan dibawah pengendali baru – Ole Gunnar Solskjaer.

Kemenangan 3-1 menewaskan Huddersfield Town di Old Trafford semalam jelas membuktikan yang skuad The Reds Devils kini sudah bangkit untuk berada dilandasan terbaik memperbaiki kedudukan.

Keyakinan kembali

Penjaring gol perlawanan, Nemanja Matic mendakwa, pasukannya telah berubah selepas Jose Mourinho meninggalkan Old Trafford.

Matic berkata, kemenangan di Cardiff tempoh hari (pengurus baru) telah berjaya memberi keyakinan semula kepada para pemain.

United mencatat kemenangan bergaya selepas menewaskan Cardiff City 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ke-18.

Lebih membanggakan United meledak lima gol buat julung kali dalam tempoh lima tahun.

Kemudian, Man. United kembali ke Old Trafford buat pertama kali di bawah Solskjaer dan hasilnya mereka berjaya sekali lagi memperoleh kemenangan.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 26: Nemanja Matic of Manchester United celebrates scoring their first goal during the Premier League match between Manchester United and Huddersfield Town at Old Trafford on December 26, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

“Selepas Cardiff, kami mendapat lebih banyak keyakinan,” katanya.

“Ia penting untuk menang di stadium kami, untuk membawa senyuman di wajah penyokong kami.”

“Kami membuat beberapa kesilapan. Kita perlu melihat apa yang boleh kita lakukan dengan lebih baik.”

Suasana berbeza

Matic turut mengakui suasana pasukan pada ketika ini amat berbeza dan tidak seperti sebelumnya.

“Ianya suasana yang sangat berbeza apabila anda memenangi permainan. Kelab ini tidak boleh menerima keputusan seri atau kehilangan mata perlawanan.”

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 26: Ole Gunnar Solskjaer the interim head coach / manager of Manchester United celebrates with Nemanja Matic of Manchester United at full time during the Premier League match between Manchester United and Huddersfield Town at Old Trafford on December 26, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Inilah jalannya untuk kita cuba memenangi perlawanan yang berikutnya.

“Ia sentiasa penting untuk menjaringkan gol seawal yang mungkin.”

Leave a Reply