Gattuso: Zlatan Ibrahimovic Lebih Hebat Berbanding 10 Tahun Lalu

Gattuso Ibrahimovic

Pengurus SS Napoli, Gennaro Ivan Gattuso menyanjung tinggi aksi yang dipamerkan Zlatan Ibrahimovic ketika bekas rakan sepasukannya itu menjadi watak penting dalam membantu AC Milan menewaskan pasukannya 3-1 pada aksi Serie A 2020/21, awal pagi tadi.

Pernah beraksi bersama-sama selama dua musim serta kedua-dua mereka turut menghadiahkan kejuaraan Serie A kali terakhir buat AC Milan pada musim 2010/11, Gattuso merasakan Ibrahimovic pada ketika ini jauh lebih hebat berbanding ketika era beliau beraksi.

Pada usia yang sudah mencecah 39 tahun, Ibrahimovic masih mampu menjelmakan persembahan terbaiknya apabila berupaya meledakkan 10 jaringan dalam kempen liga selepas mengharungi lapan perlawanan setakat ini.

Ia sekali gus membolehkan penyerang kelahiran Sweden itu memecahkan rekod sebagai pemain tertua yang berjaya menjaringkan 10 gol dalam lapan perlawanan awal saingan Serie A. Pencapaian itu telah memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Silvio Piola [berusia 29 tahun] pada musim 1942/43.

Harus diingat, Ibrahimovic hanya beraksi pada enam perlawanan sahaja setelah terlepas dua perlawanan selepas beliau disahkan positif COVID-19 pada penghujung September lalu.

Ibrahimovic berjaya menjaringkan dua gol pada aksi menentang Bologna, Inter Milan, AS Roma dan SS Napoli manakala masing-masing satu gol ketika bertemu Udinese dan Hellas Verona.

”Milan benar-benar mempercayai Ibra, mereka meletakkan kepercayaan 100 peratus dalam apa yang mereka lakukan,” ujar Gattuso menurut laporan Goal.

”Saya merasakan dia kelihatan lebih hebat pada ketika ini berbanding 10-12 tahun yang berlalu.”

”Mereka memberikan hantaran lintang kerana mereka tahu dia akan mampu untuk menyempurnakan peluang tersebut. Apa yang kami lakukan hari ini [awal pagi tadi] adalah mencipta banyak peluang dan kami tidak percaya sepenuhnya terhadap penyerang di hadapan.”

”Ia adalah berkaitan mentaliti. Bola sepak adalah berkenaan membantu antara satu sama lain, bermain bersama dan mempercayai rakan sepasukan ketika anda sedang berjuang.”

”Terlalu ramai orang yang bertindak seperti seorang ‘profesor’, di mana mahu mengajar anda segala benda. Ia amat menyakitkan saya,” tambah Gattuso lagi.

Kredit featured image: Marco Luzzani/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

Serie A 2020/21: AC Milan Kecewakan Napoli, Ibrahimovic Terus Meledak

Penjaga gol Leverkusen Hradecky Jaringkan Gol Sendiri Tercantik Dekad Ini

Lee Tuck Beri Gambaran Jelas Mahu Terus Kekal Di Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN