Gary Neville: “Unai Emery Perlukan 4 Jendela Perpindahan Lagi Untuk Baiki Arsenal”

Hanya selepas satu perlawanan, Gary Neville terus meramalkan Arsenal sekarang berada dalam kerosakan yang agak teruk dari segi kualiti pasukan.

Dan beliau meramalkan Unai Emery memerlukan 4 lagi jendela perpindahan untuk memperbaiki kerosakan tersebut.

Pada jendela perpindahan pertama Unai Emery, beliau sudah membelanjakan £70 juta untuk mendapatkan pemain seperti Bernd Leno, Lucas Torreira dan Sokratis Papastathopoulos.

Photo by Getty Images

Neville percaya, Arsenal akan terus aktif dalam bursa perpindahan pemain selepas ini. Neville kurang yakin dengan sokongan oleh pemilik pasukan dari segi dana kewangan kepada Unai Emery.

Beliau membandingkan Arsenal dan Chelsea, di mana pengurus Chelsea sentiasa mendapat dana perpindahan pemain yang lebih baik daripada pengurus Arsenal.

“Dengan pasukan yang ada hari ini, beliau memerlukan 4 lagi jendela perpindahan untuk. Dan pada masa yang sama, ini bukan Chelsea.”

“Saya tak rasa ini adalah projek jangka pendek, rekrut pemain yang Arsenal lakukan dalam 3 atau 4 musim terakhir ini sangat teruk.”

“Tidak kisahlah siapa jurulatihnya. Anda boleh cuba bawa Pep Guardiola ke sini (Arsenal). Di Man. City, Guardiola memerlukan 3 jendela perpindahan pemain untuk membentuk pasukan yang mereka ada sekarang.”

“Itu Pep Guardiola, jurulatih terhebat di dunia dengan dana perpindahan yang terbesar. Jadi untuk Unai, ia akan mengambil masa lebih lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN