Sterling, Payet Antara 7 Pemain Bintang Yang Mendesak Minta Dilepaskan

Setiap kali musim perpindahan pemain dibuka, berita perpindahan pemain menjadi topik yang paling menarik untuk dibahaskan.

Di sebalik urusan jual beli pemain ini dijalankan, ada pemain yang datang dengan kerelaan pasukan lamanya(dijual), namun ada juga pergi meninggalkan kelab yang diwakili atas kehendak dan paksaan dari pemain itu sendiri.

Berikut merupakan 7 pemain yang telah melakukan penghijrahan tanpa mendapat ‘kerelaan’ yang sebenar dari kelab lamanya.

1. Thibaut Courtois


Perpindahan paling panas kali ini. Beliau berulang kali menyatakan keinginannya untuk kembali ke Sepanyol atas alasan keluarga.

Selepas berakhirnya Piala Dunia 2018, Courtois hilang dari radar The Blues, tidak melapor diri sebanyak 2 sesi latihan awal. Beliau terlalu terbuka menyatakan dia mahu ke Real Madrid dan mengajak Eden Hazard bersamanya.

Courtois akhirnya secara rasmi meninggalkan Chelsea untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan nilai perpindahan dianggarkan sebanyak £35 juta (RM 39.272).

Penyokong Chelsea marah dengan sikap tak profesional beliau, dan Courtois terpaksa memadam ‘surat perpisahan’ beliau di Facebook selepas terlalu banyak komen ‘snake’.

Baca juga : Ejen Courtois Gesa Chelsea Jual Pemain Itu Ke Real Madrid Sekarang

2. Mateo Kovacic


Bermain untuk kelab Real Madrid menjadi impian sebahagian besar pemain bola sepak di dunia.

Hanya pemain yang ‘paling hebat’ mampu untuk membarisi skuad utama pasukan tersebut.

Maka tidak hairanlah jika kita lihat, nama-nama pemain terkenal yang direkrut hanya sekadar hadir untuk memanaskan bangku simpanan pasukan sahaja.

Beliau bertindak mogok dan tak mahu hadiri latihan. Pemain Croatia bertemu Julen Lopetegui dengan meminta izin untuk dilepaskan ke kelab lain jika tiada jaminan dalam kesebelasan utama.

Beliau akhirnya memilih ke Chelsea secara pinjaman sebagai sebahagian daripada perjanjian Courtois.

3. Riyad Mahrez


Riyad Mahrez semestinya mahu mengikut jejak bekas rakan sepasukanya, N’Golo Kante yang berhijrah meninggalkan Leicester City pada 2016 yang lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan Leicestermercury, pemain kelahiran Algeria itu berhasrat meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris 2015/16 itu selepas beliau menerima banyak tawaran dari beberapa kelab gergasi bola sepak. 

Mahrez yang menyertai skuad Foxes dari kelab Perancis, Le Havre pada tahun 2014 sebelumnya telah bersetuju untuk meneruskan kariernya satu musim lagi (2016/17) bersama pasukan tersebut.

Bercakap kepada Skysports, Mahrez menjelaskan bahawa sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah meninggalkan Leicester bagi memenuhi impian besarnya dalam karier bola sepak.

Manchester City berjaya mendapatkan khidmat beliau. Mahrez telah dibeli dengan rekod kelab bernilai £60 juta (RM320 juta).

Pemain berusia 27 tahun itu telah bersetuju dengan menandatangani kontrak semasa lima tahun di City.

4. Nicolás Otamendi

Jaringan Nicholas Otamendi telah meranapkan impian Manchester United untuk menewaskan pendahulu liga di halaman sendiri. (Gambar: Manchester City official twitter)

Pada Mei 2015, Nicolás Otamendi telah meminta kelabnya Valencia untuk melepaskan beliau. Hal itu mengejutkan Valencia kerana beliau baru melanjutkan kontrak selama 5 musim.

Beliau meminta Valencia menerima mana-mana tawaran daripada kelab besar. Ketika itu Manchester United, Manchester City dan Barcelona berminat dengan beliau.

Pada Ogos 2015, Manchester City berjaya menewaskan United dan Barcelona bagi perebutan mendapatkan khidmat Otamendi dengan nilai perpindahan sebanyak £32 juta (RM 35.9 juta).

5. Dimitri Payet


Nama Dimitri Payet mula mencuri perhatian di Inggeris apabila beliau memutuskan untuk meninggalkan West Ham United.

Keadaan menjadi lebih tengang apabila Payet telah melanggar peraturan sebagai pemain di West Ham.

Beliau juga dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp pemain kerana pemain lain tak tahan dengan sikapnya.

Sebelum itu, West Ham menolak tawaran £50 juta daripada Real Madrid hanya kerana Payet menyatakan mahu kekal. Ketika itu Payet beraksi bersama Perancis di Euro 2016.

West Ham akhirnya merasakan diri mereka dikhianati apabila Payet minta dilepaskan atas alasan ‘homesickness’.

West Ham menolak beberapa bidaan Marseille. Payet kecewa dan mengugut tidak akan mahu bermain lagi untuk kelab itu. Beliau juga sanggup didenda berapa banyak sekalipun asalkan tak bermain.

Situasi tersebut telah mengundang kemarahan pemain serta para penyokong West Ham yang mengangap tindakan yang dilakukan Payet telah menggangu perjalanan pasukan pada musim tersebut.

Pihak West Ham akhirnya melepaskan Payet selepas Marseille bersetuju dengan harga perpindahan sebanyak £25 juta (RM 130 juta) jika mahu mendapatkan khidmat beliau semula.

Gambar Payet di luar stadium terpaksa dikawal oleh petugas keselamatan takut di-vandalisme.

Baca juga: Payet Akhirnya ‘Pulang Ke Rumah’ Selepas West Ham Tunduk Dengan Kemahuannya

6. Luis Suárez


Akibat terlalu kecewa, Luis Suárez telah membuat pendedahan kepada media seperti yang dilaporkan oleh The Times pada tanggal 22 Jun 2014, mengenai niat beliau itu untuk meninggalkan Anfield bagi memenuhi cita-citanya beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau berjaya meledakkan 82 gol dalam 133 penampilan bersama The Reds.

Selepas The Reds gagal ke UCL, Suarez dilaporkan mahu membeli klausa perlepasan beliau. Dan kelab yang berminat adalah Arsenal.

Malangnya Arsene Wenger membuat kelakar tak bertempat dengan bidaan £40,000,001 £40 (RM198.3 juta) dan tambahan £1 (RM4.95) dengan harapan untuk mengaktifkan klausa kontrak Suarez.

Atas persetujuan bersama, Liverpool dan Suarez merombak semula kontrak dan menaikkan klausa perlepasan kepada £80 juta. Liverpool berjanji akan melepaskan Suarez ke Barcelona atau Real Madrid jika ada tawaran daripada kelab itu.

Selepas berakhir Piala Dunia 2014, Barcelona datang dengan tawaran mereka dan Suarez meminta Liverpool menerima tawaran itu kerana beliau mahu beraksi bersama Lionel Messi.

7. Raheem Sterling


Penyerang muda Liverpool, Raheem Sterling pernah mencetuskan spekulasi apabila beliau telah menolak tawaran kontrak baharu bersama pasukan tersebut pada tahun 2015.

Keputusan Sterling itu telah mengejutkan semua pihak termasuk para penyokong The Reds, memandangkan pada ketika itu Sterling berada di pretasi yang baik bersama pasukan dan ditawarkan gaji sangat tinggi.

Pihak pengurusan telah memberikan pelbagai tawaran berkaitan kewangan dan kedudukannya dalam pasukan agar ianya mendapat persetujuan yang boleh dicapai antara kedua-dua pihak.

Tindakan Sterling yang gagal menghadiri sesi latihan pra-musim selain menunjukkan rasa tidak berminat untuk bersama Liverpool telah menimbulkan kemarahan para penyokong The Reds.

Beliau meminta cuti rehat kerana keletihan bermain terlalu banyak bola sepak ketika minggu perlawanan EPL, lagi memarakkan api kemarahan penyokong.

Beliau dan ejennya berdolak dalih tentang komitmen kepada kelab. Akhirnya Sterling memutuskan menyertai Manchester City.

Liverpool akhirnya bersetuju untuk melepaskan bintang mudanya, Raheem Sterling selepas menerima tawaran setinggi £49 juta (RM 290 juta) yang dikemukakan oleh Manchester City.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN